Sudah sekian lama, blog yang dipenuh salji akhir terupdate juga oleh Cik miela. Pada 1 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi ingin mengucapkan kepada semua umat Islam Selamat Berpuasa. Itu baru pembuka kata,huhu. Sebenarnya banyak story nak tuliskan di sini, tapi dengan masa yang padat nie mungkin sedikit cerita dapat dikongsikan.


Susah sedia maklum yang Cik Miela sudah rasmi menjadi pelajar KoleJ Matrikluasi Perak sesi 2012/2013 so atas sebab itu blog ini bersawang bersalji semua tu =='. Mesti orang terntanya-tanya best tak belajar kat Matrik. Cik Miela semua senyum jer. Tak bermakna senyum menunjukkan seronok duduk kat matrik. Eh, tak best ke duduk kat Matrik?.


Dalam kehidupan ni ada suka dan duka begitulah juga belajar kat Matrik ni. Hidup kat Matrik begitu padat dengan. Banyak assingment, kuliah sampai pukul 5 petang, kuiz tiap-tiap minggu, malam pula ada group discussion WALAUPUN JADI BUDAK AKAUN, ok?. Tapi nasib baik budak akaun nie banyak gap contoh budak akaun rehat pukul 12.00 tengah hari sampai 2.00 petang, jadi ada gap 2 jam. Sebagai budak matrik, memang patut mengunakan masa tu dengan sebaik-baiknya seperti siapkan assigment dll. Lepas rehat masuk kuliah balik dan begitulah hari-hari. Kalau sebut assingment tak payah cakap, assignment sentiasa bertambah. Boleh cakap assingment itu ifiniti (tak terhingga), aigoo.


Tapi..... Jangan ingat tak best duduk kat Matrik? walaupun jadual sangat pack, saya Cik Miela enjoy duduk kat Matrik. Kerana saya ada kawan-kawan, roomate dan pensyarah baik-baik di KMPk nie. Tambah-tambah lagi KMPk merupakan kolej matrik paling cantik kat Malaysia (Bangga lima minit jap) kerana terletak di atas bukit. Kalau lihat keindahan alam kat KMPk memang mendamaikan. Hoho tentang classmate pula, macam-macam jenis orang jumpa maklumlah lain orang lain perangainya. Most of my classmate cakap errrr tu,Cik Miela cakap loghat utara. sikit Nampak keganjilan di situ. Terbelit lidah juga nak cakap dengan depa tu, tapi saya akan pastikan akan dapat kekal my language saya tu, hee.


Sebenarnya nak story mory lagi nie, tapi tapi banyak kerja lar nak di siapkan. Ciki Miela akhiri entri nie dengan Assalamualaikum.

0 Comments