Saturday, July 28, 2012

Ujian di bulan ramadhan



Haha hari ni baru lepas habis kuliah ganti untuk cuti hari raya. Di kesempatan nie, Cik Miela ada mood nak mengupdate blog. Mujur bawak broadband pergi matrik, sempat jugaklah nak update blog nie. Nak harapkan wifi kat kmpk, sampai kucing bertanduk pun takkan ada (hanya budak kmpk jer tahu).

Perkembangan sekarang, Cik Miela sedang menghitung hari untuk Ujian Pertengahan Semester (UPS) pada 7 haribulan lapan. Ini satu ujian buat kami sebab UPS berlangsung pada bulan ramadhan. Berpuasa di KMPk memang MENCABAR jugak la, bukan apa sebab hari-hari kena naik tangga sampai tingkat empat la lepas tu berjalan dekat kawasan berbukit. Memang memenatkan jugalah, tapi Cik Miela andaikan itu cabaran di bulan ramadhan ni.

Jadual UPS. Err

Lagi satu bersahur dan berbuka puasa tanpa family. Huhu sayu hati rasanya. Dahlah Cik Miela tak biasa berpisah dengan keluarga, kali ini terpaksa sambut bulan ramadhan di KMPk tanpa family tercinta. Sahur je makan roti, biskut menggi. Kalau upgrade sikit makan bihun goreng yang beli kat bazar ramadhan yang semalam.

Errrr, Cik Miela dah blank nak taip apa lagi. Teringat assignment berlambak tu, terhapus niat untuk taip entri blog pepanjang. Anyway, doakan Cik Miela untuk UPS. :)

No comments:

Post a Comment