Di suatu ketika di makmal fizik


Salam Readership. Sudah lama blog ni tak terupdate. Berhabuk pulak tu. Kesian follower yang follow blog nie, tak dapat baca entri yang segar bugar dari blog ni. Maaf ye, miyane. Thanks yea kepada follower yan masih setia follow blog yang jarang update. Maklumlah sejak masuk matrik, macam liat sikit nak up to date blog nie.

Cik Miela masuk matrik ambil course akaun yang memang sangat bertentangan course saya ambil kat sekolah. Of course lah, memang takda basic langsung akaun, Bukan akaun je bisnes dan ekonomi sekali. Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak ambil akaun, then masa mohon matrik main-main je pun, ikut kawan pilih akaun. Masa tu fikir, tak mahu masuk matriklah. Matrik susah kena study hard, kalau fail terus kena tendang.

Namun takdir siapa menduga, UPU tak dapat terpaksa jugalah masuk matrik nie. Ingat nak jadi engineer. Tapi bila masuk baru dapat tawaran course Cik Miela minat, tapi tak sampai hati pula nak hampakan hati kedua ibubapa. Mak bapak Cik Miela tak galakkan saya ambil course engineer, katanya susah dan tak sesuai untuk perempuan. Masa tu rasa kosong je, so kena teruskan juga ambil course akaun.

Mula belajar akaun, perghh blur. Apa tu debit, kredit?. Tetiba ada ABB la ABT. Memang tak faham langsung masa tu, sampai menangislah. Masa tu Cik Miela rasa sains lebih senang dari akaun sebab kalau sains kita ada basic. Tapi nasib baik pensyarah tahu yang saya ada masalah dengan subjek akaun, buat kosultasi selama beberapa minggu kemudian Ujian Pertengahan Semester (UPS).

Dan bila  result  UPS keluar, A bersamaaan 4flat untuk subjek akaun.Moral of the story, akaun sebenarnya tak susah mana pun dan lebih senang dari sains tulen, Senang nak score markah even tulis beberapa angka nombor. Yang susahnya bila nak belajar tu, bila tahu buat senang jadinya. Tapi lagi senang kalau ada basic akaun. Eh, kenapalah aku tak ambil course akaun je kat sekolah??. Bagaimanapun Cik Miela tak pernah menyesal belajar sains tulen kat sekolah walaupun kat matrik dah pencen dengan subjek tu. Sebaliknya, banyak ilmu Cik Miela dapat tak kira akaun mahupun sains. Kan kita kat dunia  nie menuntut ilmu kerana ALLAH?. Tiada istilah rugi pun kalau menuntut ilmu walaupun tak aplikasikan.


Kami pelajar akaun. Apa yang kami mahu 4Flat!!.

3 Comments

  1. Pandangan awal, mula-mula memang rasa susah. Bila dah belajar, buat latihan barulah tahu betapa mudahnya subjek tu sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Salam kak,sye pon same mcm akak. msuk matrik jurusan akaun, tp takde lnsung basic akaun, dkat skola sye amik sains tulen. sye takut klau tak dpt catch up nanti. Boleh tak akak bg pendapat?

    ReplyDelete
  3. salam kak...sy pelajar pure science dri sek men sampai matrik...bila degree sy dpt interior architecture(sem 2) dan disebabkan stress dgn projek dan biasa2 shj minat sy kat id, sy rasa mcm nk tukar kos ke business administration(marketing)walaupun sy takde langsung basic akaun...akak rasa sy leh carry ke?walaupun marketing takde fully account cm degree account tpi bila sy cek subject dia ada account, finance, economy, etc...mak sy plak cadangkan sy amik foundation management(di ipts) dan suruh sy sambung business administration di ipts jgak...aka rasa ni ok ke?atau sy boleh je trus tukar ke degree b.administration directly?

    ReplyDelete