Salam readership. Sedar tak sedar semester satu dah nak habis. Just tinggal exam PSPM 1 dan test MUET . Macam baru je hari lepas orentasi (haha cehwah) tup tup dah nak exam. Aih? sempat lagi update?. Hehe, sekejap je (Ok fine). Oh yaa, semester satu dah nak habis lupa pula nak perkenalkan classmate Miela yang tercinta kat blog ni.

Biar Cik Miela menerangkan lebih lanjut. Classmate tutor Miela  asalnya 28 orang yang terdiri 8 orang lelaki, 20 perempuan. Nampak sangat dunia akhir zaman, perempuan lebih ramai dari lelaki. So kelas ni memang dimonopoli oleh kaum gadis, yeah. Nama kelas tutor kami A3T12, tapi kalau subjek math dan perniagaan kami berpecah kepada A3T12a dan A3T12b. Tapi hati kami tetap bersatu.Haha.


dari kiri wawa, tasha, mas, azmira, ecah, luqman, khai dan mukmin. 
Ni time kononnya photoshoot, tahu tak time ni masa bulan puasa?. Masih bertenaga lagi kan kami kan walaupun masa penat.

Ini adalah Saudi a.k.a ketua tutor A3T12

Tapi....... now, sekarng he is ex ketua tutor kami kerana beliau telah keluar matrik atas keputusannya sendiri. Saudi ni baik orangnya, buat kami rasa terpukul sikit atas kepergian beliau. So, apabila kapal tiada nakhodanya maka si khai menreplacekan tempat Saudi


Start dari sebelah baju putih tu ika, wani, ainin, azira dan sya. Then plus tambah satu gambar.


Yang baju biru pula ina. Yang baju putih tu faham-faham jelah, siapa. haha. Mereka-mereka nie merupakan teman pergi ke kuliah. Best sangat kawan mereka nie, yelah dapat kawan daripada pelbagai pelusuk sedangkan ku berasal dari kampung.


Dari atas shahira, ashirah dan satu lagi syahirah. Tu la kan malas nak cakap memang kelas kami unik, ada nama yang sama,haha. Then, ashirah a.k.a my roomate. Untung dapat roomate satu kelas :).


Untuk mempercepatkan lagi menghabiskan entri ni, so letak gambar ni.
Tasha, saya, Wani, Sya, Ecah, Ashirah, Shahira, Wawa, Farah, Fira
Mukimin, Said, Zul, Faiz, Khai, Danial, Luqman
Yaya, Mas


Sebenarnya ada sorang lagi tidak tertera gambarnya is Lai Pei San. Tak jumpa pula gambarnya. Nampaknya masa sungguh mencemburi diri ini. Padahal macam-macam story nak cerita. Kalau boleh nak buat satu novel (hiperbola pula ayat). Mereka nilah teman-teman Miela dalam menuntut ilmu di semester satu di Kmpk. Insyallah semester 2 kalau ada jodoh kami satu kelas lagi.  Doakan kami untuk dapat 4flat dalam PSPM

Sumber gambar: Rakan sekelasku :)

0 Comments