Akhirnya, akhirnya. Secara rasmi saya mengumumkan semester satu bagi pelajar Matrikulasi sesi 2012/2013 sudah tamat. Haha. Yes!!.  Terseyum gembira keluar dari dewan peperiksaan. Habis exam siapa tak suka, kan?.  But jangan lupa ucap syukur alhamdulilah sebab dapat menduduki exam.

How about your exam? . Hah? don't ask me again. Sebenarnya malas nak fikir dah pasal exam ni. Sudah berusaha buat yang terbaik, yang lain tu berserah sajalah (ayat pasrah). Paper QA016, AA015, AE015 dan  AN015 sudah menjadi sejarah.Hah apakah kod itu, google sendiri la :P.  Nak kata yang paling senang ke yang paling susah mana-mana paper nothing to say. Asalkan boleh jawab dengan tenang pun dah ok :).


Ini ini ada slip exam saya. Tempat duduk bernombor 65. Maklumat lain terpaksa di rahsiakan (bajet berahsia) haha. Nampak tu lokasi di PERPUSTAKAAN, tersangat la special. Sudahlah berecon, kerusi empuk, meja besar perghh memang awesome lah. Exam dalam keadaan selesa walaupun dingin dalam keadaan berecon, huhu.


Ini ini adalah library kmpk sebelum disusun untuk PSPM 1. Eh lupa pula nak bagi tahu PSPM is Peperiksaan Semester Pelajar Matrikulasi. Ada orang kata PSPM tu Peperiksaan Singkir Pelajar Matrikulasi, isk jangan kata macam tu, ngerilah. Berbalik kepada cerita library nampak tak 2 meja tersusun?. Kalau dipecah dua boleh digunakan enam orang. Tapi bila exam satu meja untuk satu pelajar, betapa specialnya. Tidur atas meja pun boleh :P

Oh yaa, seronok tak terkira habis exam. Tapi sebenarnya bukan boleh balik rumah lagi sampailah hari jumaat. Sabtu ni Muet woi, test listening, writing and reading. Selepas selesai MUET boleh balik la ke kampung halaman iaitu Kuala Kurau. Tak sabar rasanya 


0 Comments