Sekadar Hiasan


Salam Jumaat. Hari jumaat ni hari last untuk tahun 2012. Beberapa hari lagi nak masuk tahun baru, 2013. Sebelum tu Cik Miela nak bagi pesanan penaja, AMARAN: Anda dilarang masuk ke dalam tandas pada 31/12/2012 pada pukul 11.59 malam kerana anda akan keluar dri tandas tersebut pada tahun hadapan. Kenapa?, lu fikirlah sendiri bak kata nabil. Hehe.

Sepanjang tahun 2012 begitu banyak suka dan duka (ayat klise). Mestilah hidup dipenuhi dengan warna warni. Kalau hidup happy memajang pun tak best jugak, mesti ada konflik supaya menjadikan kita lebih matang. Sebesar mana pun konflik hidup Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Masa itu kan emas, so tak perlu buang masa lagi, Miela nak review perjalanan  hidup sepajang tahun 2012.

Anggur. Sedapkan?

Januari - Mac 2012
Hah time ni, time ni jadi penanam anggur. Tahukah apa itu penanam anggur?, menganggur sepenuh masa. Maklumlah masa tu lepas habis SPM, nak pergi PLKN tak dapat. Nak keja malas. So duduk terperap di rumah sajalah. Masa tu memang rasa bosan duduk rumah, tak tahu buat apa. Nasib baik ada Genie (Laptop) ni jadi peneman. Tapi pada masa yang sama hati berdebar-debar tunggu result SPM. Seram bin seram nak habaq. Last-last keluar juga result. Hah bila result keluar, soalan femes paling utarakan "Dik, dapat berapa A?". Nak sebut segan-segan jer. Apa-apa pun memang masa tu bersyukur walaupun A saya tak banyak, tapi yang penting saya ada A dihati saya iaitu ALLAH.

Matrik Perak aku datang!!

April - Jun 2012
Lepas dapat result, masih terus kehidupan di rumah lagi sementara tunggu tawaran U ke, matrik ke, poli ke. Ada satu peristiwa sekitar bulan 4. Berlaku gempa bumi lebih kurang 3 minit ke 5 tah. Namun gegaran tu mampu mebuatkan hati mila bergegar. Rasanya ramai yang dapat rasa gegaran tu kan?. Then, lepas peristiwa gempa bumi tak lama kemudian dapat tawaran Matrikulasi. Tapi biarkan dulu, tunggu tawaran UPU last-last tak dapat. Sedih. Nak tak nak masuk matrik jugak, ambil course akaun. Tu la, masa mohon dulu main-main ambil course akaun. Bila dapat, tak boleh nak tukar. Tapi saya percaya, ada hikmahnya di sebalik rezeki itu. Selepas terima tawaran, saya belejar di Kolej Matrikulasi Perak. Mula-mula masuk rasa nak keluar balik, tapi saya tetapkan hati kekal study disitu demi mak ayah jugak. Mereka galakkan ambil course akaun daripada tawaran U swasta course engineering yang saya minat dulu. Maka, saya terusklah perjuangan menuntut ilmu disitu.
Nak duit raya??

Julai - September
Bulan julai, dah masuk bulan ramadhan. First time berpuasa di perantauan. Eh perantauan lah sangat, setakat gopeng je pun :P. Sedih dan sedih tak dapat berpuasa dengan family tercinta, just lepas UPS balik kampung baru boleh. Hoho time tu jugak ada exam UPS, tak silap Miela 3 hari je. Then lepas ramadhan mestilah raya.   Miela raya sebagai remaja umur 18 tahun, takdelah raya macam budak-budak nak minta duit raya sana sini. Dah besar, rasa segan minta duit raya pun besarlah,hihi. 

Yes Cuti!!


Oktober - Disember
3 bulan terakhir apa yang saya telah lalui?. Hah MUET , PSPM, Cuti 2 minggu, masuk sem 2 dan lain-lain. Banyak sangat ceq nak habaq sebenarnya. Masa tu, Miela dah rasa betul-betul sesuaikan diri hidup di matrikulasi. Lepas exam PSPM, cuti dua minggu lepas tu masuk sem 2. Rasa tak puas je lagi cuti masa tu. Tapi apa boleh buat, tinggal satu sem je lagi. Sem terakhir pula kan. Hidup ni kena teruskan jugaklah. Belajar topik-topik yang makin mencabar. Ditambah dua subjek baru Dinamika dan Pendidikan Islam. Pendidikan Islam, memang bagus untuk student, tapi dinamika Miela penyegan sikit. Nak kena cakap-cakap, organize eventlah, persentlah. Kami rancang nak buat minggu kenali budaya Malaysia, tak tahulah jadi ke tak. Lagi.... hmm tu je kot. Pada waktu entri ni ditaip, bulan disember tak habis lagi. Hehe :D.

0 Comments