Saturday, June 01, 2013

Entri Bergambar: Detik-detik akhir di kmpk part 2

Salam readership. Setelah sekian lama, Miela membiarkan entri ni tertangguh tanpa kesinambunganya akhirnya hari ni baru ada semangat rajin untuk meyudahkan cerita yang tertangguh pada 2 minggu lepas. Kan? dah masuk bulan enam pun. Haha takpe takpe, barulah orang curious nak tau kisah kesinambangannya. Kita biarkan orang tertunggu-tunggu :P.

Oklah, Miela nak sambung balik cerita pasal matrik kebanggaan ni. Matrik mana tu? matrik peraklah. Dah setahun pun berlalu dari hari mula-mula daftar. Sampaikan dah seminggu junior daftar matrik, sungguh cepat masa berlalu. Gila kau tak rindu? of courselah rindu sessssanggat. Aik merepek apa pulak ni?.

Yang dibawah ni pulak gambar selepas malam dinner. Ada lagi aktiviti kami buat sebelum menamatkan zaman matrik. Antaranya ialah dinner dengan classmate sendiri n sekali dengan aktiviti ala-ala camp fire. Paling best dapat me "sumbangkan" suara dengan classmate. Maaflah suara saya tak sedap macam najwa latif apatah lagi dengan Datuk Siti. Bagai bumi dengan pluto, jauh bezanya cik kak oi.

Dinner kita orang ni buat kat cafe mama. Cafe mama ni boys cadangkan, maklumlah cafe mama ni murah. Memang tak hairan kalau malam-malam lepas maghrib cafe mama dah macam cafe asrama lelaki. Penuh laki dalam cafe mama, ada beberapa kerat je girl dalam cafe mama. Nak kata sedap, bolehlah. Miela suka masakan cafe mama cuma banyak minyak. Kalau nak kurang minyak, masak sendiri jawabnyer.


Menu malam dinner kami ialah chicken chop *kelas gitu. Sedap tak sedap tak sedap makan je. Dah bayar RM8 tak silap, memang kena makanlah. Chicken chop ni kurang tang kuah tu, rasa hangit sikit. Arghh peduli apa, Miela makan je. Tapi Miela bab-bab makan beradab. Sebenarnya............ saya tak reti makan chicken chop pakai pisau ngan sudu garfu. Tapi terpaksa jugak buat gaya-gaya ala pro, dah aku duduk sebelah selunggok budak laki kelas aku kena control cara makan haha. 

Kek ni memang sadis. Sebab Miela tak berpeluang langsung makan kek secret recipe. Orang pelawa, aku cakap dah full. Kang perut melutop siapa yang susah?. Kenyang kot makan chicken chop, tak boleh masuk makanan lain. Hmm takda rezeki kan?. Tu namanya mahu tapi full, haha.

 Makan jangan tak makan

Lepas je makan, kami buat aktiviti. Mula-mula mennyanyi macam-macam lagu. Makin ramai yang nyanyi makin bertambah volume sumbang menyumbang, bhahaha. Lepas seronok menyanyi, ada aktiviti luah perasaan. fuhh nasib baik tak main true or dare, kalau tak mampus gue. Aktviti luah perasaan nilah buat wa menitiskan air mata, serius masa tu rasa tak nak berpisah je dengan dorang ni. Tapi apatah daya takdir menentukan untuk berpisah.

Tak puas malam tu, dua hari tiga kemudian, kami buat photoshoot. Disebabkan budak kelas Miela ada seorang photograpfer, so kos dia freelah. Takpe nanti kalau aku nak kawin, aku cari kau yer mukmin. Nasib badan dapat phootoshoot wending free, hahaha. Mesti korang hairan kenapa baju semua merah?. Oh itu tshirt kebanggaan matrik kamilah. Matrik mana tu? matrik perak!. Haa tahu pun :P.

Ni budak laki kelas aku. Handsome tak?. Oh maaflah yer kwang soo saya handsome lagi :P

Ni pulak dengan girl classmate. Ramai kan?. Pemandang kat belakang memang cantik. Cuba teka kami photoshoot kat mana?. Padang golflah. Ingat matrik takda padang golf. Ada k? cuma taklah luas mana pun.


Cik Miela pun nak berphotoshoot jugak yer. Dah macam budak sekolah aku tengok. Elok dah gambar, dok tambah editnyer. Tengok siap ada rimau dan rusa lagi. Miela edit gambar ni guna pisc art. Pics art ni boleh doawnload google store. So, sampai sinilah cerita detik-detik akhir kat matrik ni. Dan hasilnya dah jadi pelajar lepasan matrikulasi sesi 2010/2013. Alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment