Salam readership. Nampaknya jerebu masih belum pulih lagi yaa?. Minta-mintalah hujan, nampak macam berkabus seperti di Cameron Highland rupa-rupanya jerebu yang penuh debu. Dalam udara yang berjerebu tersebutlah kisah sebuah seketul gula-gula ni. Gula-gula  nie merantau mencari rakan. Dia gula-gula berwarna hijau, akhirnya jumpa rakan-rakan baru nya yang berwarna biru, ungu, kuning, merah dan oren. Mereka merantau lagi lalu terjumpa kereta proton Saga. Mereka bergabung bersatu meletup lalu menghancurkan kereta tersebut. The end. Waa kisah paling merapu pernah di reka Cik Miela yer?, haha.

Ala nak merapu dah entri sendiri apa salahnye? kann...?. Yang penting waa masih waras dalam dok merapu ni. Pernah main tak game Candy Crush Saga?. Game yang nampak senang tapi rupa-rupanya susah dari jawab paper SPM. Mula-mula boleh kata senang, makin dalam kau main baru tau rasa korang akan stuck berminggu-minggu dalam game tu.

Dulu game angry bird femes, sekarang pula gula-gula dah ambil tempat burung marah. Sebelum termasuk dunia gula-gula ni kan, selalu jugak Miela nampak orang lain main game ni dalam smartphone. "Ala game tu tak mencabar langsung" kata dalam hatilah. Then Miela nampak adik Miela pun main game ni. Miela tanya kenapa ramai game ni?. Adik Miela cakap PSY pun main game candy crush saga. Lol jawapan tu dia bagi. Tapi betulah PSY pun game ni jugak, tak percaya tengok video klip Gentleman, itupun kalau sanggup tengok video PSY yer.

Maka Miela pun terjinak-jinak nak try game candy crush saga ni. Bukan sebab PSY, tapi dah bosan menggila di rumah. Try download game tu dalam tablet je. Maklumlah I takda smartphone canggih macam uollz. Mula-mula excited gila main game ni. Kacang gila mainlah, lama-lama asyik stuck level yang sama jer. Sampaikan berminggu-minggu stuck di level yang sama. Tapi Miela tak suka mengalah, hari-hari main game ni. Orang cakap "practice make perfect". So setakat ni Miela sampai level 91. Baru seminnggu stuck di level 91.


Korang pula macam mana, suka main tak game ni?. Jangan malu nak mengaku yang korang addicted sangat dengan game ni sama macam Miela kan?. Game ni bagus tau, ada limit. Takdalah korang nak main 24 hours je. Kalau life habis, tak boleh main game tu. Kena tunggu 30 minit kemudian baru timbul satu life. Kalau tak sabar sangat tunggu life timbul, rajin-rajin request kat orang. Game ni boleh main dalam facebook mahupun Android. So kalau bosan duduk rumah sebab udara kat luar masih tak berapa elok, jom main game candy crush saga. Hehe

Kakao Talk, apa functionnya?. Klik sini

2 Comments

  1. dah habis level 365, tp dah ada lvel bru 4lebih. addict main candy ni. eh, ada rhsia nk gtau. klau nyawa hbis kan, tukar je jm dgn trikh dkt phone awk tu, nt nyawa tmbh blik, lps tu setting blik cm bese..

    ReplyDelete
  2. Ooo ye ke?. Thanks sebab bagi tahu..hehe

    ReplyDelete