Ice cream Ice cream
I’ll melt you down like Ice cream
Ice cream Ice cream
I’ll melt you down like Ice cream

Salam readership. Udah beberapa hari gue enggak mengupdate blog sih *merepek sekejap. Sebut je ais krim tetiba Miela teringat pulak baris lirik kat atas tu. Yaa....lagu Hyuna ice cream ice cream tu. Lagu dia memang best tapi video klip dia seksi giler habis. Tengoklah artis dia siapa Hyuna, padanlah dengan orangnyer.

Eh sebenarnya bukan Miela nak bercerita pasal Hyuna ni, tapi tentang resepi nak buat ice cream. Pembetulan, ni bukan resepi buat ais krim satu Malaysia yang harga 20sen tu yer. Kalau yang tu budak tadika tahu buat. Ini resepi aiskrim coklat daebak!!. Tetiba je bajet macam jadi masterchef sesuka suki letak nama resepi, bhahaha. Resipi ni sangatlah senang, main campak-campak je. Kalau rasa dah jemu makan aiskrim beli tak kiralah aiskrim dari pakcik aiskrim pedel pop yang naik moto tu ke, supermarket ke or jemu dengan aiskrim magnum mungkin?. Apakata try buat aiskrim sendiri.

Antara bahan-bahan di perlukan

Bahan yang diperlukan
2 cawan susu ducth lady perisa coklat
2 cawan coffee mate (serius masa beli barang terlupa pula beli benda alah ni, so Miela ganti dengan susu pekat)
1 biji telur (Miela tak letak pun. Bile teringat balik, buat aiskrim bukannya masak pakai api. So automatik telur pun tak masak. Its up to you nak letak ke tak)
1 sudu besar gula halus (saja letak bagi manis lagi)
sebuk milo dan coklat secukup rasa 
1 selinder ovalett

Mungkin ada yang first time dengar perkataan ovalett. Ovalett kalau nak buat kek macam kek span, guna benda alah ni. Tapi harus diingatkan, kalau nak beli ovalett kena hati-hati,takut-takut ada bahan-bahan di ragui . Dalam Islam menggalakkan makan makanan yang halal lagi toyibba bukan?. Belilah ovalett jenama nona, sah-sah halal.
Contoh ovalett yang halal

Orang lain selalu buat aiskrim guna mixer, tapi Miela kes dia special sikit. Kes malas namanya, bhahahaha. Guna blender pun boleh, asalkan bahan-bahan tu semua gau sebati. Hampa masukkan semua bahan-bahan tu dalam blender, blend 5-10 minit sampai berbuih. Lepas tu masukkan dalam bekas ais krim. Kalau nak lagi menarik tabur sikit coklat rice atau bahan-bahan hiasan lain dirasakan sesuai

Siap!!. Bersedia untuk dimasukkan dalam peti ais. Biarkan 6-7 jam dalam peti ais.

Hasilnya. Tadaaa



Nampak benor nipunyer? 0.o"

Trylah buat, mudah je bukan??. Terlupa pula nak ambil pic ais krim selepas sejuk beku. Lepas keluarkan dari peti ais terus nggapp, hehe. Macam tak percaya je, boleh buat aiskrim sendiri. Mungkin satu hari nanti boleh bukak kilang aiskrim. Wahh berangan sekejap :P.

4 Comments

  1. nyam nyam... sedapnyaaa.. nak sikit.huihui
    p/s : tolong sya please... ;(
    http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/06/17-tolong-aku-please.html

    ReplyDelete
  2. waah . sedapnya . tapi , malas la nak cari ovalett tu . hehehe . ce try dengar lagu ni 'lovin ice cream' . ost lie to me . best . heheh :P

    ReplyDelete
  3. hmm..nak tanye sikit..klu x guna coffee mate...susu pekat tu nak guna bape banyak?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak...klau kite xde ovallete...boleh tak pakai quick 75..?

    ReplyDelete