Tuesday, June 18, 2013

Review: Running Man EP 150



Salam readership. Siapa tak kenal rancangan aneka ragam paling popular kat Korea iaitu Ruuning Man. Super duper daebak best sangat Running Man. Siapa dah tengok episode running man 150, sila angkat kaki?. Hah ada tak tengok lagi ke? . Episode running man kali ni bertemakan The Avengers. Miela dah tengok yang episode 150 pagi tadi. So kali ni tiba-tiba rasa nak review episode running man pulak. Ramai yang tertunggu-tunggu episode 150, akhirnya keluar juga kat kshow.now semalam. 


Pastikan jangan tertipu ada Nick Fury ketua S.H.I.E.L.D dalam running man yer. Itu bukan Nick Fury macam dalam movie the avengers tapi Dong Wan FD meep meep tu. Awal-awal lagi tak sampai 5 minit dah buat Miela ketawa, hahaha.


Jae suk dan Jong Kook di beri tugas oleh Dong Fury untuk pick up member lain di tempat yang di tetapkan. Makin banyak pick up member dorang ambil makin banyak kelebihan. Ala macam running ep 29, ambil member lain guna kereta sampai Gary kena paksa masuk dalam kereta Jae suk.


Apa kwang soo buat tu?. Hah pada awalnya semua ahli running man jadi orang biasa sebelum join the avengers tu. Kwang Soo pula jadi Doktor haiwan. Part ni kelakar sebab kwang soo cuba selamatkan girrafe dia tu, hahaha. 


Moment paling manis macam gula dalam episode kali ni dekat studio Mong Ji. Ji hyo kononnya penyanyi band walaupun suara dia memang tak sedap tapi comel. Ji hyo nyanyi Our Meeting, lagu garry pulak tu. Dorang berduet lagi, siap ada rapping lagi. Chincha daebak!.


Lepas tu dorang main game paintball untuk mendapatkan membership card untuk jadi hero. Selagi tu tak dapat membership card selagi dorang tak boleh jadi hero. Agak-agak siapa yang menang dapat game paint ball ni yer?. Lepas habis training barulah dorang jadi superhero.


Tiba-tiba muncul pula 2 guest yang handsome muncul dalam game superhero ni. Omaigadd, Taecyeon dan Chan Sung dari 2PM jadi 2PM twins. Tapi ada dua orang lagi jadi guest. Tapi kehadiran guest *kecuali 2pm yer hehe, buat hilang mood je. Kenapa?, tengoklah sendiri. Hoho.


Siapakah yang jadi superhero paling hebat??. Masing-masing ada kuasa yang tersendiri. Haa jeng jeng. Mana boleh bagi tahu dong. Tengok lah sendiri. Kalau tak, tak supriselah namanya. Boleh download episode the evenger di sini.. Ingin mengenali lebih dekat ahli running man? klik sini.

campaign image

1 comment:

  1. Arol pernah tengok Running Man 2 episod jek. Tak berapa minat sangat. Pernah buat entri pasal Running Man kat blog dulu, jemput baca. Hehehe! :D

    ReplyDelete