Sunday, June 02, 2013

Sebenarnya...... saya bukan isteri dia

sekadar hiasan
Salam readership. Sebenarnya Miela nak habaq satu rahsia besaq ala-ala rahsia besar negara *cehwah. Besaq tak besaq sebenarnya Miela bukan isteri dia. Hah dia tu siapa?. Dia buat hati  pengeran jantung, Izzue Islam. Dia sebenarnya bukan suami saya lagi. Sejak... sejak huhu tak sanggup nak cerita. baca sendirilah.

Hanya sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.
Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
IMG-20130602-WA0002
Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa set barang kemas, wallet dan jam, sebuah Al-Quran, wang hantaran, cincin, beg tangan berjenama Fossil dan sepasang jubah.
Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran berupa sepasang baju melayu, set minyak wangi Paco Rabanne, set sejadah dan Al-Quran, tepak sireh, ‘passport holder’ berjenama Tissot, sebuah laptop Macbook Air, dan juga manisan berupa coklat.
IMG-20130602-WA0000
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Jangan bersedih ya peminat Izzue. Tahu ramai yang frust. Memang ramai termimpi-mimpi nak jadi di tempat awin. Tapi bukan jodoh dengan artis kan?, haha. Kita doakan kebahagiaan Izzue dan Awin. Faham.... faham..., Miela pun sedih kini Izzue bukan lelaki bujang, hukhuk :'). Memang Miela minat gila kat dia. Hmm tak apalah, walaupun Izzue dah kahwin ke tak, aku tetap minat dia jugak. Dan sebenarnya Awin isteri Izzue Islam yang sah :'). Selamat pengantin baru buat Izzue Islam dan Awin Nurin.

kredit : Oh Bulan

3 comments:

  1. hehe.. ingatkan nape :) tahniah untuk kedua2nya.. moga kekal bahagia dan diberkati Allah :)

    ReplyDelete
  2. dah kawen da izzue nie...haha..macam tak cye..pape pon congrat kat dia :)

    ReplyDelete
  3. Alaa.. tak boleh la nak berangan2 lagi dah, hehe pape pun, semoga hubungan Izzue & Awin berkekalan :)
    follow me: http://duniablogyana.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete