Wednesday, June 26, 2013

Style manakah menjadi idamanmu?

Salam readership. Fuhh, akhrinya hujan rahmat di bumi Perak ni. Dah makin kurang jerebu, Alhamdulilah. Masih ingat lagi zaman sekolah?. Dekat sekolah korang selalu pakai beg style macam mana yer?. Tapi sekarang pun beg dah jadi keperluan. Maklumlah kita mana ada poket doraemon nak letak barang macam-macam kannn?. Setiap gaya korang pakai beg melambangkan personaliti sesesorang *aik macam mana tu?. Ada enam gaya yang perlu korang perlu tahu ciri personalitinya.

Galas Biasa
Orang gaya macam ni jenis normal jer, biasa-biasa gitu. Tapi dorang ni jenis suka di dakap/dipeluk oleh orang tersayang dari belakang. Alahai manjanyer dia.

Galas terbalik
Gaya macam ni selalu pakai kalau nak tutup perut yang boroi tu, hehe gurau je. Gaya seperti ini melambangkan seseorang itu berjiwa keibuaan/kebapaan dan romantik sebab nak mendalami keperitan ibu apabila mengandung. Tak dapat rasa mengadung, buat galas beg terbalik pun jadilah yer.

Silang Biasa
Sungguh orang yang gaya silang beg macam ni begitu pemurah hatinya sebab memudahkan orang lain meragut begnya. Baik sungguh orang macam ni kan? haha.

Silang menyilang
Korang, orang jenis macam ni yer?. Sebab dia sailang member punya awek/balak korang. Jauh-jauhkan lah orang jenis begini yer, hahaha. 

Silang Tengkuk
Kalau nak pilih calon suami/isteri pilihlah orang jenis bersilang beg di tengkuk yer. Orang ni jenis alim, selalu praktik gaya nak pergi menunaikan haji/umrah dengan silang beg kat tengkuk. Nampaknya orang macam ni tak sabar nak pergi haji/umrah?. 

Silang Kepala
Orang jenis macam ni jenis nakal-nakal , samseng dan suka main kepala. Sangkut beg kat kepala konon nak jadi Rambo tak pun nak jadi Mail Lambong.


Entri ni untuk suka-suka je, janganlah ambil serius. Sumber asal dari blog Ayem Ayam . Sumua gaya Miela pernah buat, orang jenis apakah itu?, itu namanya orang yang jenis memahami perasaan orang lain *tetiba  angkat bakul.

3 comments:

  1. Hahaha, bella ni jns murah hati la ni. Nak.sdekah kat peragut. Haha

    ReplyDelete
  2. kita minat kat tuan beg silang menyilang tu, lee hyunwoo. lol

    ReplyDelete