Wednesday, July 24, 2013

Bazar Ramadhan Last Minute

Salam Ramadhan. Waa dah 2 minggu kita berpuasa. Maknanya lagi dua minggu lagilah kita nak raya, yee dok?. Alamak baju raya tak beli lagi -_- . Hai korang, korang suka tak pergi bazar last minute sebelum berbuka?. Dalam around setengah jam  pukul 7 petang sebelum berbuka puasa barulah tergegeh nak beli makanan di bazar ramadhan.

Tup tup bila sampai bazar ramadhan banyak makanan dah habis, kesiannn. Itu selalu berlaku kat bazar ramadhan yang kecil yang tak banyak sangat pilihan. Tapi kalau  bazar ramadhan yang besar, pukul 7 petang masih ada lagi makanan korang boleh beli.


Maaf, gambar di atas tu dari pak cik google je. Itu bukan bazar last minute punya, hahaha. Sebenarnya Miela teringin nak tangkap gambar bazar ramadhan. Tapi kalau Miela berdiri tegak di tengah-tengah bazar ramadhan lepas tu keluarkan phone tangkap gambar, mungkin orang lain pandang pelik. Malulah, orang pandang pelik padahal wa bukan retis pun. Ok memang saya seorang pemalu :3.

Berbalik pada cerita tentang bazar ramadhan last minute tadi. Walaupun orang kata kerja-kerja last minute memang tak bagus, tapi kalau pergi bazar ramadhan last minute ada baiknya , kot-kot dapat untung span terapung.

Dapat detect makanan yang sedap. Benarlah orang kata, yang sedap cepat je habis. Haha ini kalau korang tak tahu nak beli yang mana, yelah takkan nak beli semua makanan yang ada di bazar tu. Menbazir kan amalan syaitan. Bila korang pergi last minute, makanan yang sedikit tu tulah yang sedap, sebab yang sedap cepat je habis. Plus korang beli last minute, mana tahu dapat kot kot dapat cop last costumer, haha. Kalau pukul 7 makanan kat situ masih banyak selonggok mungkin kureng sikit tak pun bukan rezeki peniaga pada hari itu. Positive thinking jelah senang, tak elok fikir bukan-bukan,huhu,

Jualan Megasale.  If jadi student memang di galakkkan pergi bazar last minute. Sebab bila nak tutup je bazar ramadhan, macam-macam diskaun ada. Ada yang beli satu free satu, beli air rm2 dapat tiga. Kalau nasib baik, peniaga sedekah korang makanan sebab nak habiskan semua makanan yang dijual, free je dapat. Secara tak lansung, dapat jugak menjimat duit poket korang. Alhamdulilah, berkat bulan ramadhan.

p/s: Last minute itu bagus, hahaha.


1 comment: