Friday, July 12, 2013

Dia di hatiku

sila ambaikan gambar ini. Hiasan semata-mata :P

Salam Ramadhan. Korang ingat tak entri Dapat tawaran UPU dan USM tu yang Miela dok riuh-riuh dapat dua tawaran sekaligus sampai Miela pening lalat dibuatnya,haha. Malah gambar di atas tu lansung takda mengena dengan UPU. Yoon Shi Yoon pilihan hati Miela?, ohh lagi lah takda mengena lansung. Minat je tapi pilihan masih lagi bukan.

*eh apa aku merepek ni?. Straight to the point, nak tahu tak siapa dia pilihan dihatiku?. Siapalah bertuah tu jadi pilihan hati Miela ni yer. Oh Dia itu ialah USM, bukan Usin Salah Makan yaa. Setelah di timbang kira tolak semua akhirnya Miela nekad memilih Universiti Sains Malaysia,USM sebagai pilihan hati. Bukan senang lepaskan UPM tu, UPM bagus jugak cuma course tu tak berapa nak luas peluang kerja. Kalau USM, course pengurusan still banyak lagi peluang pekerjaan Miela boleh pilih. Cara Miela memang begitu, ketepikan minat sebab masa depan lebih penting.

Plus, my parents galakkan pergi USM, sebab pilihan USM lebih baik dan dekat je dengan rumah Miela. Berkat mak bapak penting yee dok??. Haha dekatlah sangat, dalam masa sejam lebih sampai je Pulau Pinang. Lagi satu universiti USM dapat gelaran universiti APEX. Apa itu APEX? google sendiri. Tapi yang Miela tahu ijazah USM lebih laku dari universiti. Memang rugilah kalau tolak USM ni,dapat  gelaran APEX lagi

Buku panduan bagi siswa baru USM ;3

Mula-mula tu, ragu-ragu nak tekan setuju pergi USM. Yelah kan automatik say good bye to UPM. Tapi bila muncul kekuatan diri terus hilang perasan ragu tu. Then, terus print surat tawaran dan benda-benda alah yang lain. Banyak benda kena buat lepas ni.

Sememangnya bila ada dua pilihan mebuatkan kita keliru dan blur nak pilih. Nahh, dulu tahun lepas langsung dapat U, tapi kali ini lepas keluar matrik dapat dua pilihan U. Rezeki di bulan ramadhan katakan. Apa-apa pun I would like to say hye to USM.

3 comments:

  1. sekurang2 nye ada pilihan mana yang ok kan hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. tahniah ye !
    btw, pengurusan ni cam senang sikit nak dpt kerja, sebab boleh apply kerja kat mana2 jabatan :D

    ReplyDelete
  3. tahniah dpt usm... eeerrr bidang management memang dipandang lekeh di usm. even dimana - mana pon. harap awk bersabar. lagi pon bidang ini la yg paling banyak peratusan penganggur. awk jgn risau. aim 1 class degree + excellent english n softskills.. mesti survive punya n dpt kerja.. saya ex- usm jugak :) Engineering.. usm best.. belum grad pon saya dah dpt kerja.. jgn risau n teruskan berusaha ye!

    ReplyDelete