Salam Ramadhan. Pastinya sekarang, pembaca blog sekalian sudah selesai menjalankan ibadah puasa pada 1 Ramadhan. Eh tetiba skema pulak ayatnyer. Now sesiapa yang mohon UPU dan USM pasti berdebar-berdebar menunggu untuk hari esok. Yaa esok, bukan hari raya la. Baru sehari je puasa -_- . Miela rasa menunggu  benda alah ni ibarat budak 5 tahun tunggu waktu berbuka je, haha. Rasa lama sangat menunggunyer.  Nebes giler, macam-macam fikir.

Petang tadi Miela baru email kat pihak UPU tanya bila tarikh keluar result ni. Malas cooling coolling ni,  pakai duit pula *cakap je kedekut,huhu . Senang je email, free je. Walaupun sudah tahu cendana pula, Miela tetap gegeh nak bertanya. Yelah kan Facebook UPU takda langsung announce apa-apa pasal tarikh. Nak pastikan betul khabar angin keluar esok. Dalam masa 10 minit, terus pihak UPU balas email Miela.




Lepas tu, terus je pihak UPU update status mengenai result UPU kat fesbuk, betullah memang result keluar esok pun -_-. Haha excited je lebih Miela nak bertanya bagai ni :P.


Untuk semakan UPU

SEMAKAN UPU SESI 2013/2014 BERMULA 12 TENGAHHARI, 11 JULAI 2013.
KEPUTUSAN BOLEH DI SEMAK DI http://upu.mohe.gov.my/upu.php
ATAU
TAIP : UPU RESULT (NO KP) DAN SMS KE 15888
CONTOH : UPU RESULT 940101080000

Untuk semakan USM
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA [PENUH MASA] SIDANG AKADEMIK 2013/2014 BOLEH DISEMAK PADA 11 JULAI 2013 (KHAMIS) MULAI JAM 12 TENGAH HARI.
KEPUTUSAN BOLEH DI SEMAK DI https://pohon.usm.my/


Kenapa semak UPU dan USM lain-lain??. Sebabnya just USM tak termasuk sekali dalam pemohonan UPU. UPU hanya urusakan pemhonan U lain selain USM. Sesiapa yang mohon USM, mesti kena bayar RM40. Giler mahal, nak mohon pun kena banyak kali fikir. Tapi kalau betul-betul nak, duit RM40 apalah sangat 

Miela harap berkat bulan ramadhan ni esok, apa-apa pun keputusannya dapat terima dengan hati yang terbuka. Orang kata lebih baik doakan yang terbaik daripada doakan apa yang kita nak. Sebab hanya Allah je tahu apa yang terbaik dengan kita.

P/s: Harap-harap result esok takda mood delay-delay masak result PSPM hari tu.

2 Comments

  1. gud luck esok cik miela .

    siyes , hana pun nebes sesangat .

    nak tahu result exam pon x senebes nie =.=''

    ReplyDelete