Tuesday, July 02, 2013

Tudung kangaroo


Salam readership. Makin menuju ke zaman 2020 makin banyak muncul nama tudung pelik-pelik. Kalau dulu antara tudung yang femes tudung siti lah, tudung mawi lah, tudung yuna lah dan bermacam-macam nama tudung berunsurkan nama retis. Sekarang ni pula, tudung bernama kangaroo. Waa kelas kau kangaroo dah pandai buat tudung sendiri. Actually Miela pun tak tahu celah mana dorang namakan brand tudung kangaroo. Ada siapa tahu?

Trend tudung kanggaro banyak muda-muda pakai, kalau makcik kat luar sana Miela tengok banyak pakai tudung keronsang kat tengah tu. Mungkin malas nak iron tudung orang muda macam kami ni, hehe. Sebab utama orang suka pakai tudung kangaroo ini ialah mudah bentuk. Tak perlu sembur starch kat tudung dah. Starch selalu bukanya elok sangat, nanti berbekas pula kat tudung. Kan dah tak elok.

Lagi satu tudung kangaro ni murah. Paling murah Miela pernah beli RM 5, dan paling mahal RM8. Murah giler kan?. Memang kalau kat kedai biasa jual RM10, tapi pandai-pandailah korang cari yang murah. Zaman Miela study matrik dulu, budak matrik ramai jual jadi agen jual tudung kangaroo. Dorang jual dalam bilik, tak perlu susah-susah  keluar pekan beli tudung kangaroo. Paling best boleh beli hutang lagi, haha. Mana nak dapat kedai beli dengan hutang?.

Tak cukup lagi beli tudung kangaroo masa zaman matrik. Time cuti ni juga, gegeh nak beli tudung kangaroo. Kononnya bercita-cita nak kumpul semua jenis colour tudung kanggaro, haha. Miela beli lagi 5 tudung kebetulan ada offer penghabisan stok, sehelai RM4 dalam facebook. Tapi itu kalau beli 20 ke atas, Miela beli dengan kawan Miela dalam 16 tudung, dapat tudung sehelai RM5. Nak tahu kedai online beli?, kedai sini lah.



Antara sebab Miela suka tudung kangaroo:
1. Selesai pakai dan tak panas
2. Suka yang jenis satu colour
4. Mudah dibentuk
5. Murah
6. Labuh, 45 bidang.

bergaya dengan tudung kangaroo


P/s: Buat apa beli yang mahal sedangkan ada lagi barang yang lebih murah dan kualiti lebih kurang sama?

No comments:

Post a Comment