Sunday, August 04, 2013

Bila nak raya

Salam Ramadhhan. Ketika entri ditaip, lagu raya berdondang dari lappy tercinta menandakan adilditri akan menjelma tidak lama lagi. Konon-kononya nak feel raya lebih, haha. Sedarlah wahai diri, umur dah masuk 20-an tahun depan, tak da lagi raya macam zaman kanak-kanak dulu. Boleh buat muka tak malu raya satu kampung semata-mata nak duit raya RM1.00. Indahnya raya zaman kanak-kanak :').

Persiapan raya?. Disebabkan Miela bukan orang berkerja memang tak banyak buat persiapan just tolong buat yang mana patut. Baju raya macam biasalah, dua pasang. Besalah gurgurlz oullzz mesti nak lupbwih *tetiba tak reti mengeja :P. Miela rasa bukan persiapan raya yang lebih tetapi persiapan ke Universiti je lebih. Uwaaa malasnya nak sambung study balik, otak dah berkarat ni -_-. Orang sibuk beli barang raya, dia pun sibuk beli barang nak masuk U.

Tapi bagaimana pun, persiapan ke Universiti tidak menghalang ku untuk bermood raya, gituuuu. Memang excited jugak dalam mengitung hari. Bukan apa excited nak berkumpul bersama dengan family, bukan senang berkumpul beramai-ramai pada masa yang sama cuma hari raya je. Itula saat paling Miela nantikan.

Sebagai perenggan terakhir ni Miela nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Maaf seandainya sepanjang Miela berblogging ada terkasar bahasa ataupun terasa hati. Ala kita berblogging suka-suka je, sebab seronok boleh luahkan apa yang ada dalam fikiran.  Eh macam awal je cakap Selamat Hari Raya?, malam raya baru best. Maaflah ye, bila nak raya masa berblogging makin tak menyempat pula so time sekarang ni lah yang free,hehe. Dan sebagai kipas susah mati running man, Miela upload gambar ni khas untuk korang.