Sunday, October 13, 2013

Pengalaman menghadiri kursus felt craft

Salam Readership. Yohoo akhirnya sampai jugak home sweet home, haha baget macam dari penjalanan yang sangat jauh. Padahal dekat je U dengan rumah, sejam dah sampai. Okay okay okay, hah macam mana wa nak start story ni?. Belasah je lah.

Minggu lepas, Miela  telah pergi kursus felt craft. Eh macam mana tetiba Miela berhajat pergi ke kursus tu?. Haaa, actually sebenarnya Miela tak expect nak hadiri kursus ni. Seriuosly, Miela sebenarnya suka belajar benda-benda seni, sebab sangat enjoy k?.  Masa nak tick borang kursus belajar seni lebih kurang laa, ingat nak tick kursus animasi tapi laptop masih problem kalau nak guna pun. So ambil kursus ni, lagipun kalau pandai buat kraf felt ni boleh buat duit, hahaha duit je kau ingat :P.

Kursus ni buat dalam USM, so tak payahlah bersusah payah keluar cari tempat. Berbekalkan ilmu jahit tangan jelujur, Miela datang je kursus tu. Sebenarnya, Miela tahu jahitan jelujur je, itu pun jarang sungguh nak aplikasikan ilmu mejahit mengunakan tangan. Yang Miela paling pro jahit mesin je, haha main-main kaki je. Maklumlah dah lama tinggalkan ilmu menjahit mengunakan tangan sejak habis belajar ekonomi rumah tangga masa form 3.

Belajar cara jahit kraf ni best. Mula-mula disediakan peralatan seperti kain felt, ring, reben, gunting dan benda-benda alah lain. Mula-mula excited je nak belajar, tapi bila masuk bab jahit insang pari, dah blur. Buat banyak kali, tetap tak kemas. Nama pun budak baru belajar. Ada satu benda yang Miela baru tahu bila belajar buat benda ni, jahit kain felt mesti ada 4 layer, mean selalu jahit ada 2 layer kan. Tapi kalau jahit felt kena double supaya jahit tu nampak dan tak mudah putus.


Tadaa hasil belajar jahit kain felt ni. Nampak tidak kekemasan jahitan di situ?. Bolehlah bagi budak baru belajar macam kami, hehe. Sebenarnya takde susah mana pun belajar benda ni, tahu jahit bolehlah buat. Kalau tak suka benda yang perlukan ketelitian yang tinggi, erm tak payah la kot, hee. Lupa pula nak bagi tahu, Miela belajar benda dari Artsy'z Suzie Collection. So kalau korang duduk di sekitar penang, boleh belajar cara jahit felt ataupun tempah kraf felt yang comel boleh lah contact empunya kedai tu.

Hasil kerja Artsy'z Suzie Collection

Thursday, October 03, 2013

Kisah tak da air

Salam readership. Dipagi yang indah, udara yang dingin ku bangun penuh semangat. Yelah kan kelas pun start pukul 12.00 p.m. Ku ke bilik mandi seperti biasa ku lakukan setiap hari untuk membasuh muka. Ku buka paip, rupa-rupanya "AIR TAKDAK!!". Rasa nak menjerit pun ada. Anoyying betul.

Masa zaman matrik dulu, ketiadaan air adalah perkara biasa. Sudahlah duduk dihujung pinggiran, air takda. Memang sadless betul. Ingat lagi, sanggup turun bawah dari tingkat dua ambil air. Dan bawa air ke tingkat dua semula. Tapi air dalam baldi tinggal hampir separuh bila dah sampai tingkat dua. Itu belum lagi, orang dah simpan air tapi tak tahu la seorang hamba Allah ni ambil air kat baldi orang. Masa takda air, rasa nak balik rumah je. Kisah ketiadaan air ni betul-betul menguji kitaorang masa zaman matrik


Hari ni pula sejarah berulang kembali. Aduhai desasiwa saujana takda air lah pulak. Sebelum ni senior ada bagitahu, desasiwa saujana ni memang selalu takda air sebab duduk atas bukit. Ok memang ku ditakdirkan tinggal di atas bukit, haha. Apa boleh buat, redha jelah............hmm

Ketika entri ditaip, si penaip keyboard ni sedang mennunggu air penuh dalam baldi dengan masa yang lama kerana air paip keluar nak tanak je. Kesian untuk diri sendiri..