Thursday, October 03, 2013

Kisah tak da air

Salam readership. Dipagi yang indah, udara yang dingin ku bangun penuh semangat. Yelah kan kelas pun start pukul 12.00 p.m. Ku ke bilik mandi seperti biasa ku lakukan setiap hari untuk membasuh muka. Ku buka paip, rupa-rupanya "AIR TAKDAK!!". Rasa nak menjerit pun ada. Anoyying betul.

Masa zaman matrik dulu, ketiadaan air adalah perkara biasa. Sudahlah duduk dihujung pinggiran, air takda. Memang sadless betul. Ingat lagi, sanggup turun bawah dari tingkat dua ambil air. Dan bawa air ke tingkat dua semula. Tapi air dalam baldi tinggal hampir separuh bila dah sampai tingkat dua. Itu belum lagi, orang dah simpan air tapi tak tahu la seorang hamba Allah ni ambil air kat baldi orang. Masa takda air, rasa nak balik rumah je. Kisah ketiadaan air ni betul-betul menguji kitaorang masa zaman matrik


Hari ni pula sejarah berulang kembali. Aduhai desasiwa saujana takda air lah pulak. Sebelum ni senior ada bagitahu, desasiwa saujana ni memang selalu takda air sebab duduk atas bukit. Ok memang ku ditakdirkan tinggal di atas bukit, haha. Apa boleh buat, redha jelah............hmm

Ketika entri ditaip, si penaip keyboard ni sedang mennunggu air penuh dalam baldi dengan masa yang lama kerana air paip keluar nak tanak je. Kesian untuk diri sendiri..

1 comment:

  1. dulu masa diploma slalu gak xde air. kdg2 malas nak bawak baldi ambik air kat blok sbelah. jd kitorg bawak terus pakaian pergi blok sbelah tumpang mandi heee

    ReplyDelete