p/s: entri ni sudah lama di dalam draf, so mood menaip ketika itu tengah lonely agaknya.


Salam readership. Sebelum ni Miela selalu update tentang fact ja, cumanya hari ni nak update luahan hati gitu. Sedar tak sedar dah 2 bulan Miela study di USM. Dan korang mungkin tak tahu ada seorang blogger femes study kat sini, cuma Miela tak pernah jumpa. Siapakah blogger itu? you can guess.

Tapi Miela bukan nak cerita tentang blogger itu, tapi Miela nak cerita tentang sejauh mana kehidupan Miela di sini. Alhamdulilah Miela dapat sambung study di USM. Sumpah, kehidupan alam universiti sangatlah berbeza dengan kehidupan Miela masa matrik mahupun sekolah. Tak da dah cikgu/lecturer bagi ilmu makan suap, semuanya kena ada usaha diri sendiri. Belajar pun macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. So kena kerah diri sendiri untuk study lebih.

Firstly, Miela masuk sini macam lost. Sebabnya Miela langsung takda kawan. Kawan kenalan matrik langsung takda sangkut kat sini. Then, kawan baik pun tak sama U. Seriously sedih sangat, kalau dulu di matrik Miela selalu lepak dengan bilik kawan baik. Senang cerita apa-apa benda kami tetap bersama. Seperti korang tahu mungkin Miela nampak je ramah di blog, facebook atau mana-mana laman sosial yang hakikatnya Miela sebenarnya nampak pediam

Miela sebenarnya seorang yang jenis "orang kena tegur aku dulu". Dunia blog dengan dunia luar berbeza, sebabnya tulisan sesorang pun belum cukup mengambarkan personaliti sesorang. Tapi, bila orang dah betul-betul kenal Miela, sebenarnya Miela bukanlah seperti orang sangkakan, kadang-kadang orang cakap Miela ni banyak mulut, dan lawak *orang cakap hehe.

Tapi tulah, sampai sekarang Miela masih belum jumpa kawan yang betul-betul rapat. Just ramai kenalan, kalau jumpa say Hai takpun tanya soalan basa basi gitu. Hakikatnya bila hujung minggu macam ni, lebih banyak terperap dalam bilik. Setakat ni Miela tak pernah lagi outing dengan kawan-kawan. Lagi satu, di sini Miela banyak jalan sesesorang ke kuliah, nampak sedih dan lonely disitu.

Jadi Miela banyak positifkan diri sendiri. "Mungkin dorang takut tegur aku sebab aku nampak sombong?" . Miela jarang menangis sebab keseorangan, sebab Miela fikir nak dapatkan sesesuatu mungkin mengambil masa. Lagipun di USM, Miela ada roomate dan kawan-kawan. Mungkin dalam proses menyesuaikan diri walaupun agak lambat.


1 Comments

  1. jngan risau lama2 nanti mesti akan dapat ramai kawan.kalau boleh awk pon rajin2 la tegur dgn dorang ea hehe

    ReplyDelete