Salam readership. Tahu tak hari apa?. Haa jumaat la kan. Hari yang paling student suka, sebab hari last kelas untuk minggu ini. Tak kira dari zaman sekolah, zaman matrik dan zaman U memang hari jumaat, lepas kelas Miela takkan study untuk satu hari. Sebab Miela nak rehatkan kepala otak ni daripada study, hehe. So, banyak habiskan masa dengan laptop ni.


Sebut pasal otak, Miela nak recommended satu test ni, sommer braintest . Korang just ambil test otak tak sampai satu minit pun. Test ni tujuan kita nak tahu yang kita ni lebih kepada otak kanan atau otak kiri atau kedua-dua sekali. Secara ringkasnya otak kanan dan otak kiri:

Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory)
Bagi Miela otak kanan macam orangnya macam relax sikit, suka berangan dan berseni serta kreatif gitu. Manakala otak kiri jenis orang hard study la kot, sebab orang kiri pandai matematik, berfikir kepada logik dan mudah ingat. Jeng jeng nak tahu hasil test tadi, Miela otak jenis apa. Tadaa......


Rupa-rupanya saya cenderung takda otak kiri dan kanan. Kiranya Miela seimbang la, dua-dua otak pun pakai. Cuma bezanya sedikit dari otak kiri dengan otak kanan. Yang tadi Miela cakap otak kiri kuat study, Miela tak kuat study macam orang, hoho. Miela study bila nak study je, boleh jadi stress study hard sangat. Bab kreatif dan inovatf  kadang-kadang idea Miela boleh pakai kadang-kadang tak, haha. Tapi kalau nak senang lihat daya kreatif Miela, tengok design blog pun cukup dah, semua ni Miela design sendiri. Tapi yang penting Miela guna kedua-dua belah otak dengan sebaikanya *puji diri sendiri. Korang pula jenis otak apa? sharelah kat sini...

5 Comments

  1. hehe. aefa dah wat jugak ni tadi..
    otak kiri.. 81% plak tu haha
    tak tau lah kebenaran die mcm mane. tp aefa mmg bukan org seni, xkreatif.. aefa jarang ingt parking kereta kat mana, warna baju semalam ke.. benda2 camtu.. selalunya mmg takde dlm ingatn heehee

    ReplyDelete
  2. akak pun ada buat entri pasal otak kanan dan otak kiri ni dulu...

    ReplyDelete
  3. Saya dah cuba. Dan jawapan saya sama macam awak. Thanks kerana syorkan benda ni. Hehe

    ReplyDelete