Wednesday, December 25, 2013

Menjelang final exam

Salam readership. Ahoo dah lama tak mengudapte blog. Biasalah nak dekat final exam, study pun sampai nak pecah otak. Mana taknya sem satu pun ambil 8 subjek, banyak subjek banyak kena menbacanya T.T. Tapi nasib baik ada beberapa subjek tu ada basic masa kat matrik, so apa yang belajar tu "Ooo nilah aku belajar kat matrik" *buat2 tahu hahaha.

Study week??, yeah study week di rumah, actually Miela tak expect balik study week kat rumah tapi nama pun merancang je, last-last nafsu tak tahan nak balik rumah jugak kan. Sedar tak sedar semester satu dah nak habis, macam semalam je baru daftar usm. Tinggal nak ambil exam je lagi. Gementar rasa, maklumlah first exam kat U, hee.

Minggu last kuliah, kita orang group LMT100 buat party di kfc. Untuk pengetahuan korang LMT100 untuk kelas BI persediaan khas untuk yang dapat band 3 dan ke bawah, huhu sedih bunyinya. Apa-apa pun memang enjoy dengan kelas BI ni tak pernah stress.


Orang cakap kalau buat party kat kfc senang sikit, sebab nanti kita makanan semua tak payah kita kemaskan, kahkah. Kfc dekat je pun, depan pintu pagar Sg.Dua. Memang happening sepanjang kelas dengan dorang, kalau boleh nak ambil kelas LMT100 lagi, hehe.

Lagi satu, dua minggu nak final sempat lagi Miela Pesta Penang. Haruslah pergi kan, dari tingkap bilik dah nampak pesta penang. Lagipun kalau pergi tag hujung-hujung nak tutup, harga barang murah. Peniaga dok lelong barang dari karpet sampai ke tudunglah cuma harga token ngan makanan ja mahal.

Tadaaa pesta penang
Miela pergi dua kali, nampak sangat kemaruk dengan pesta penang. Haha takdalah sebenarnya, first tu pergi ngan kawan jalan kaki dari sg.dua then yang second pergi ngan Family. Kalau tak cukup lagi kepuasan, next year boleh pergi lagi.

Now, hari ni dah masuk hari ketiga study week. Alhamdulilah, ada jugak masa study walaupun di rumah macam-macam dugaan. Tapi yang penting seminggu ni makan free ja, tak payah makan kat cafe, hihi. Harapannaya nanti masa final minggu dapat jawab dengan tenang. Doakan kami semua student usm termasuk Arol Mubin *tau sorang jaa* ni supaya mendapat keputusan cemerlang. Amin...

No comments:

Post a Comment