Salam readership. Disebabkan mood study hilang ke mana, apa kata Miela rajinkan diri mengupdate entri pertama untuk bulan december. Well 3 minggu nak final, bhahahaha. Tapi masa ni jugaklah Miela berangan nak macam-macam. Setiap orang ada keinginan. Berdasarkan apa yang Miela belajar dari subjek ekonomi, keinginan manusia ni tak terbatas walaupun income dia limited. Maknanya manusia ni tak pernah puas that why all people have unlimited wants *refresh balik.

Kali ni Miela catatkan di dalam sebuah entri apa benda Miela inginkan. Selalunya orang catatkan wishlist dekat sidebar. Ni Miela catatkan di dalam entri, class gituu. Yang penting wishlist ini berbentuk material so tak sama dengan achievement. Achievement? biarlah rahsia, kihkih. 

1. Microsoft Windows Surface RT
Banyak-banyak jenis tab apple ke samsung ke, windows ni jugak Miela pilih. Sebab Miela malas nak bawak laptop ke kuliah or library. Buat berat beg je, dengan buku rujukan yang tebal-tebal tu nak bawak. Mau tak tercabut tali beg. Kalau ada tab yang nipis dan ringan ni, senang boleh kemana-mana, ada multifunction sekali. Harga tab sebenarnya murah below 1K kalau jual kat student, tapi harga pasaran above 1K.

2. Rantai ukir nama sendiri
Maaflah gambar ni bukan nama sendiri, hehe. Sebab takda siapa lagi nak tempah rantai nama kat Miela, haha. Tapi yang macam ni Miela nak, kalau boleh nama nak letak tu biarlah si pemberi tu tentukan sendiri. Miela teringat babak Boys Over Flower di mana si Jun Pyo tu deisgn sendiri rantai nak bagi rantai tu kat Geum Jan Di. Waa, rantai yang di design si pemberi pun boleh, rare jugak. Rantai nama pun rare juga sebab kita yang customkan rantai tu, so kalau korang teringin cuci mata boleh jenguk di page Silver 925. Harap-harap lah yang bagi tu, bakal en.suami yang bagi, hehe.

3. Camera Canon EOS 1100D red
Macam kenal je, iyalah inikan dalam iklan yang camera Yuna dok pakai tu. Walaupun Miela bukan ahli photographers yang tahu guna kamera memahal ni, pun ada keinginan tau. Selama ni Miela setakat photographers yang tak bertauliah guna phone samsung, tangkap gambar lepas tu upload kat instagram.  haha. Miela teringin sebab, suka gambar cantik-cantik. Bak kata Yuna setiap gambar ada lagu.

4. Blue suzuki swift
Sebenarnya Miela tak tahu sangat pasal kereta, kereta keluar terbaru pun tak tau apa. Tapi sejak dua menjak ni selalu nampak kereta ni kat USM. Nampak cantik dan comel. Tetiba rasa nak sangat kereta tu walaupun dah lama tak memandu. I choose my blue colour cause it's my favourite colour. Bila google, mak aih kereta ni berhaga RM70k++. Ermm

5. Al-Quran elektronik
 
Selain benda keduniaan, al-quran elektronik termasuk dalam wishlist Miela. Harga dalam rm100-300++ gitu. Boleh je kalau nak suruh parents beli, but my own desires get this things with my own money. Al-quran elektronik boleh membantu betulkan bacaan dan tajwid. Zaman sekarang susah nak jumpa tok guru nak mengajar balik orang dah lepas sekolah, dengan kekangan masa. So al-quran elektronik ni boleh menbantu. Kalau kita mampu beli hanphone canggih kenapa tidak dengan al-quran??. 

Nampak tak?, banyak betul permintaan Miela yang tak semengah. Nak penuhi impian Miela?, sila post di alamat xxxxxxxxxx. Haha gurau je, Miela harap wishlist ni tercapailah hendaknya. Kalau boleh nak guna duit sendiri kecuali rantai tu jek :P. Kena usahakan lagi naikan CPUV supaya dapat income ber kkkkkkkkkkk, huhu. Nak tolong?,tolong klik link ni:


THANKS :D

5 Comments