Monday, January 20, 2014

Habis

Salam readership. Sebenarnya dah lama Miela nak update ni. Actually Miela dah habis exam seminggu yang lalu tetapi sebab masalah tertentu barulah dapat update blog hari ni, huhu.


Setiap kali lepas habis exam mesti nak update blog sampai Miela tak tau nak letak tajuk apa daa, haha. Bila dah habis exam macam hilang batu kat kepala tu hilang segala beban buat sementara waktu. Lega lepas exam satu sebab, satu lagi Miela dapat bercuti sebulan and balik ke rumah. Itu memang saat dinantikan olehku.

Miela malu dengan diri sendiri, harap je rumah dekat masih homesick. Sedarlah orang duduk jauh tu dah 3 bulan tak balik tau tak Miela??. Padahal 2 minggu lepas dah balik. Sampai bangun pagi, bukak mata ingat kat rumah rupa-rupanya masih lagi dalam bilik 4 segi ni T.T. Miela bukan apa, roomate Miela dah balik seminggu lepas. So, rasa sunyi bilik tu. Seram tak seram kenalah tahan sesorang. Nak ajak kawan, takkan suruh minta hari-hari temankan. Hostel masing-masing jauh. Lagipun Miela dah besar 20 tahun *cewahh* kena berdikari sikit.

Sekarang sudah sampai semanis-manis tempat, home sweet home. Dalam kepala ni banyak planning nak dilaksanakan dalam cuti sebulan ni. Salah satunya, mestilah nak aktif balik berblogging. Itu wajib. Happy Holiday, yahooo!!

No comments:

Post a Comment