Thursday, January 23, 2014

Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2014/2015


Salam readership. Cepat betul masa berlalu, rasa baru je buat permohonan USM sidang akademik 2013/2014 tuptup sekarang dah buka permohonan ke USM Sidang Akademik 2014/2015. Pemohonan di buka dari 21 Jan 2014 – 7 April 2014. Bagi  lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma boleh menbeli nombor PIN USM (Saluran Perdana) di mana-mana cawangan BSN dengan RM40. Lepas tu bolehlah terus mohon di pohon.usm.my .

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai pemohonan USM, so disini Miela cuba menjawab berdasarkan apa yang Miela tahu.

Syarat MUET minimum boleh mohon?
Sebenarnya syarat MUET boleh mohon ialah band 1 je bukan band 3 4 macam korang dengar tu. Tapi ikut course juga, macam course TESL tu of course nak band 4 la kan. Don't worry band 1 2 pun pass masuk USM. Apa-apa sila rujuk syarat khas sebelum nak mohon.

Minimum pointer berapa boleh mohon?
Depands on course tetapi secara keseluruhanya, moslty dia nak pointer 3.00. Cuma ada sesetangah course nak 2.67 seperti course komunikasi, sains kemasyarakatan, seni halus dan lain-lain. 

Segala persoalan lain-lain: USM FAQ & USM ADMISSIONS

Itu sahaja mampu Miela jawab. Miela baru first year, baru lepas semester satu hehe. Kalau korang nak tanya tentanglah course lain tu hmm minta maaflah sebab Miela ambil course Pengurusan. Nak jawab, rasanya ada yang lebih pakar. Kalau korang rasa layak, why not mohon. kann??.

No comments:

Post a Comment