Salam readership. Long time no see right?. Dah sebulan tak update blog. Dulu katanya masa cuti semester nak update entri sampai lebam kalau boleh nak update entri tiap-tiaplah. Tapi bila masuk bulan 2 terus menyepi. Hangat-hangat tahi ayam je kan.

Sebenarnya bukan saja-saja nak menyepi. Nak kata sibuk dengan study, tapi waktu tu cuti sem. Mesti banyak masa kan?. Tapi entahlah, macam mana ek Miela nak cakap *eh dalam blog mana boleh cakap* . Macam-macam dugaan datang masa tu, sampai blog tak ter update. Nak update masa tu, rasa tak da mood nak cerita. Sedih tapi masa yang sama tak putus berdoa pada Maha Esa, agar tabah dugaan yang bertimpa ni.

Now, Miela dah start semester baru. Dah dua minggu disini selepas cuti sem. Adik pun dah terbang kat korea sudah. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3. Semoga bulan 3 ni lebih baik dari bulan sebelumnya. Bak kata crayon pop dalam lagu Lonely Christmas "Don't' worry be happy" :) .

0 Comments