Sunday, April 06, 2014

Bila april

Salam readership. Akhirnya kita bersua kembali setelah sebulan tak mengupdate entri, berikan tepukan gemuruh buat cik miela, yeahhh -,-" . Very nice date right? hari 6/4 last update entri 6/3 *waktu entri ditaip*, sah memang cukup sebulan. Miela bukan malas tak nak update entri selalu, tapi kekangan masa tu haa. Ini pun waktu time cuti mid semester hoo.

Nak buat aconor, hidup sebagai student selalu sibuk. Tambahan pulak semester ni Miela ambil 8 subjek dengan subjek paling tough sekali, business law memang kena study lebih. Pening betul nak fahamkan law dan saat paling kritikal sekali bila dapat soalan suruh tentukan hukum apa. Huhu susahkan jugak tentukan hukum mana satu, yelahkan darah yang mengalir dalam badan cik miela ni bukan darah tuan-tuan hakim arif lagi bijaksana. Selain tu sekarang sibuk nak kumpul myscd. Join je macam-macam waktu semata-mata mycsd, wah nampak sangat tak ikhlas :P. Peduli apa janji mycsd. Hanya budak usm je tau bertapa pentingnya mycsd T.T.

Ok now cik Miela nak bagitau kat hampa ni yang  Miela ada sponsor dalam satu giveaway by Amirah Azman . Kalau sudi join lah, tak keluar duit hampa pun. Modal taip entri dengan ikut syarat-syarat yang begitu mudah sekali. Nak tahu cik Miela sponsor 2 keychain felt owl handmade . Cik Miela buat sendiri, baru nak berjinak-jinak dalam dunia kraf felt. Dulu Cik Miela pernah cerita tentang pengalaman menghadiri kursus menjahit felt dalam entri ni. Sebenarnya keychain tu besar, lebih kurang besar external hardisk gitu. Tapi yang penting comel, hehe. Jangan lupa join yee.

Burung hantu yang comel ^-^

Ok, Miela tak nak taip entri pepanjang kang lagi merapu. Lagipun Miela rasa seram pulak seseorang kat ruang tamu, orang dalam rumah dah tidur tinggal Miela yang sorang je yang setia depan Lula *nama lappy* . Dengan ribut kuat kat luar, baik chaw dulu masuk bilik. See you next entri :).

No comments:

Post a Comment