Tuesday, January 13, 2015

Ke Sarawakkah kita?


Teringin nak tangkap gambar kat sini

Salam Readership. Yes!! lagi seminggu Miela akan terbang dari bumi semenangjung ke bumi kenyalang. Hampa nak tau, Miela punya excited nak pergi Sarawak. First sebab tak pernah naik flight, kahkahkah mesti hampa gelak kan?. Memang minah kampung ni jakun sikit. Macam manalah nak naik flight, memang takda keperluan nak naik flight. U pun dekat, nak melacong ke luar negara ermm memang taklah. Kite paling kuat lepas ke luar negara, sempadan Thailand je. Ingat naik flight macam bas rapid, bayar RM1.20 boleh ronda satu penang haha. Cuma kan, kes AirAsia QZ8501 buat Miela sedikit gentar. "Eh betul ke aku nak naik light?" Mula-mula cuak jugak, rasa tetiba nak batalkan tiket flight. Tapi gila kau, nak batalkan tiket flight RM300++, penat gua kumpul duit nak beli tiket flight T.T. Last-last pergi jelah, kalau benda dah nak jadi, dia akan jadi. Kawan-kawan dok bagi nasihat "Hang tak payah risaulah, Insyallah tak jadi apa-apa.". Nampaknya sangat Miela dok gelabah, hahaha faham-fahamlah first time.

The second reason is orang excited sebab tak pernah lagi Sarawak. Selama ni dok tengok tv, baca blog pasal Sarawak akhirnya dapat jugak pergi Sarawak sebab rumet Miela orang Sarawak. So, senanglah sikit kalau pergi Sarawak sebab ada kawan. Kang pergi seseorang, menangis dalam kesesatan nanti T.T. Kiranya rumet mila akan jadi pemandu pelacong yang tak berbayar nanti,hahaha. Untung tau kalau ada kawan berlainan negeri, nanti-nanti cuti sem hampa boleh ikut balik ke negeri depa. Boleh makan angin sekali. Miela memang suka bab melacong, kalau boleh satu dunia nak travel. 

Boarding Pass

Doakan Miela semoga selamat pergi dan sampai. Semoga perjalanan ke sana dirahmati Allah. Aminnnn. Dikatakan perjalanan dari Penang ke Sarawak 1 jam 45 minit. So sesiapa yang dok Sarawak mehlah jemput Miela kat Kuching International Airport , bawak gang dengan sepanduk yeee. Hahaha apa kau ingat, Miela ni retis antrabangsa ke apa? . Haha Miela gurau-gurau je.

Mood: Tazzzzabar pegi Sarawak, huhu

1 comment: