Saturday, February 14, 2015

Review filem Suamiku Encik Perfect 10!



Salam Readership. Baru 3 hari lepas Miela tengok movie Suamiku Encik Perfect 10! kat Kerian Mall yang baru bukak tu. Miela pergi tengok wayang pun dengan geng-geng mak cik ja, hahaha. Yelah Miela pergi tengok wayang dengan mak dan makcik Miela yang lain. Miela sorang je anak dara yang masih muda gitu. Sampai bab nak order tiket, Miela tolong orderkan. Biasalah, anak muda macam Miela selalu sangat tengok wayang, memang masak sangatlahh hahaha. Kalau pergi geng makcik, selalu filem melayu jadi pilihan. Kalau Miela lah, memang cerita seram menjadi pilihan kui kui kui.

Sinopsis
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow,London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani) dan Zarief Danial (lakonan Aaron Aziz). Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid). Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati. Saat itu, Syed Muzaffar (lakonan Syazwan), bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih dari Aleeya. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkn oleh Aleeya untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura (lakonan Raja Ilya),tunang Zarief, pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief terhadap Aleeya. Aleeya menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara Syed Muzaffar ataupun Zarief. Siapakah yang plaing layak menjadi suami sempurna buat Aleeya? Syed Muzaffar atau Zarief??

Review Cik Miela :
Sebenarnya Miela tak pandai sangat nak mereview filem ni. Tapi trylah jelah jadi pengkritik tak bertauliah. Ok filem ni agak lama jugak, 2 jam lebih. Macam tak sesuai kalau dari novel ni dipersembahkan ke layar perak. Sebab ada banyak konflik and ada part yang tak dimasukkan. So kat sini filem tak dapat menjelaskan secara menyeluruh kenapa Zarief Danial diberikan gelaran encik perfect 10. Walaupun bagaimanapun lakonan pelakon dalam filem ni sangat menjadi dan wataknya terutama watak hero and heroin. Yang bestnya filem ni depa cakap loghat utara, tu yang syiok. Dari situ memang banyak unsur humor, terutama nenek Zarief. Perghh bila nenek Zarief cakap kuat menyindir baq hang. Tak banyak filem kat Malaysia cakap loghat utara dari awal sampai ending. Tapi yang Miela geram part konflik tag nak habis tuhh, mula-mula Leeya nak kahwin dengan Zarief pastu tak jadi pulak sebab si Azura buat fitnah dekat Zarief. Last lastt hmm apa pergi tengoklah sendiri. Cuma Miela boleh cakap happy ending, don't worry :). 

3 comments:

  1. saya dah baca novel suamiku encik perfect 10! hehe

    ReplyDelete
  2. tak ingat sama ada dah baca belum novel ni.. sy ni kalau novel jadi drama atau movie ni kureng sikit nk tengok. hehe

    ReplyDelete