Tuesday, May 05, 2015

Ladies First


Salam readership. Pada waktu 1.35 pagi, ketika ini masih terdapat mahasiswa mahasiswi sibuk bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang hampir expired tarikhnya sementara Cik Miela sibuk menaip blog ketika ini hoho. Ah kejap je, assignment dah buat separuh. Ni nak rehat sat untuk update blog.

Btw, Miela baru habis cuti 4 hari sempena hari pekerja dan hari wesak. Hampa tak payah tanya balik ke tak kampung?, Of course lah balik rumah dekat baq hang. Lagipun sidang ni USM tak dak cuti mid sem. Sedih noks, sebab tulah ramai dok pakat balik cuti 4 hari. Bukan senang nak balik tertutama hat dok jauh, kalau dok dekat lainlah, hehe.

Semasa cuti ni, Miela ada pergi Big Aeon Seberang Jaya. Dulu Big Aeon seberang Jaya ni Carrefour tapi depa dah tukaq contract sebab apa tah, hmm. Tapi yang penting lepas Big Aeon ganti banyaklah perubahannya. Salah satunya di bawah ni.

Parking khas untuk Wanita

Untuk pertama kalinya Miela nampak benda ni. Mungkin hampa pernah tengok benda ni, tapi bagi kami yang student sibuk dengan pelajaran dan aktiviti persatuan memang takda masa melawat tempat parking macam ni haha. Usaha bina tempat parking khas untuk perempuan sangat bagus. Biasalah ladies first dulu yerr. Tapi ada hikmah disebaliknya kenapa ada parking khas untuk wanita macam kami ni.

Sebenarnya di luar negara sudah lama menyediakan parking khas untuk wanita cuma kat Malaysia ni masih baru kot. Parking khas wanita biasanya terletak betul-betul depan mall untuk memudahkan pergerakan membeli belah. Tambahan pulak bila parking wanita dekat dengan pusat membeli belah yang ramai boleh mengelakkan kes tak diingini. Betul tak?. 

Jadi gunalah kemudahan sebaik-baiknya. Jangan hat laki dok gatal parking tempat parking kami. Tampaq sat lagi mau? *buat-buat garang*. Haha takdalah, pandai-pandai dah besaq tahu peraturan ditetapkan macam mana. Jangan pentingkan diri sendiri pastu langgaq peranturan. Harap-harap usaha sebegini diteruskan, lagi bagus buat parking khas wanita sampai ke universiti hoho. Nanti senanglah ceq parking depan kelas tak payah susah-susah buang masa cari parking sampai lambat pi kelas. Okay gurau ja haha.


2 comments:

  1. Parking perempuan ni strategi terbaik utk pihak pengurusan shopping mall dpt untung, sbb perempuan yg byk shopping. Klu sayalah kan, saya pun akan suka pergi tmpt shopping ni sbb ada tmpt parking khas utk saya ahaha

    ReplyDelete
  2. wahh , bagusnya mcm ni. thumbs up!!

    ReplyDelete