Friday, June 19, 2015

Semangat raya di HOSTEL

Salam Ramadhan. Memadangkan Miela tinggal satu paper jerrr lagi, agak relax sikit dua tiga hari ni. Makin akan bertambah bahagia lepas habis paper nanti. Arghh excitednya nak balik kampung!!!.

Hari ini dah masuk 2 hari kedua berpuasa di USM. Berpuasa di perantau lain sangatttttt. Walaupun berbuka dengan ramai kawan tetapi hati tetap rindukan berpuasa di rumah. Sabarlah Miela lagi berapa hari lagi, huhuhu.

Menariknya suasana Ramadhan di sini, Miela terjumpa satu post di mana ada student dah pasang lampu raya di bilik . Wooooo raya 27 hari lagi kott. Semangat Miela dengan raya di awal bulan ramadhan sekadar pasang lagu raya je. Ini siap hias lampu raya kat tingkap pulak .

Semangat raya katakann

Ternyata post ni mendapat banyak reaksi. Sampai ada yang teringin nak ikut jejak si penghias lampu raya. Ada cadangkan siap suruh letak pelita lagi, hahaha. Apa-apa lah korang, bukan lama pun berpuasa kat USM ni. Minggu depan dah minggu last exam, lepas tu cuti semester 2 bulan. Semangat-semangat raya, jangan lupa banyakan ibadah di bulan Ramadhan ni. Rugi jika lepaskan peluang untuk kumpul pahala semaksima mungkin di bulan Ramadhan ini :) . 

3 comments:

  1. Amboi, nie memang betul semangat! Mungkin stress final exam, so kasi mood raya sikit baru semangat nak study. Lebih-lebih lagi kalau last paper lepas tue gap lama. :D

    Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa, Miela! :)

    ReplyDelete
  2. Saya pon puasa kat kampus tp xsempat nak letak lampu lip lap tuh, haha

    ReplyDelete