Salam Ramadhan. Hari ni Miela nak bincang topik yang agak santai hari ni. Seperti anda pernah tonton drama-drama television, kisah bertapa sweetnya hidup universiti seperti adegan terlanggar bahu buku terjatuh, anak orang kaya jatuh cinta dengan orang miskin, ambil buku kat celah rak ternampak crush tu semuanya hampir TIDAK PERNAH BERLAKU di dalam zaman Universiti yaa. *hancur harapan T.T*

Tapi sebenarnya ada baiknya juga dipaparkan kisah seperti itu. Mungkin ianya boleh bangkitkan semangat untuk belajar sampai ke universiti??. Contoh filem Ali Setan ketika dahulu mecetuskan fenomena *zaman ni Miela belum lahir *. Di mana filem itu membuatkan anak muda bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh sampai ke Universiti. Kalau berlaku seperti dalam drama atau filem cuma 10% je kot ada. Tapi realiti hidup sebagai student like............




1. Kelas CANCEL
Mungkin ada student suka bila diberitahu kuliah atau kelas cancel mesti rasa bahagia seketika. Mana taknya bila kelas cancel, boleh buat aktiviti lain seperti sambung tidur, berjoli, melepak dan semua aktiviti lagha  tu. Tapi jangan ingat bila kelas cancel boleh biar macam tu ja ka?. Tidak sama sekali ya, mesti ada class replacement. Tambah-tambah class replacement buat waktu malam, tentu rasa berat nak pergi. Tapi paling annoying sekali bila kau bangun awal pergi kelas tetiba sampai di muka pintu kelas dapat message kelas cancel. Anda rasa bagaimana?



2. Bangun LEWAT
Orang cakap tak studentlah kalau tak pernah bangun lewat. Biasalah student tidur 2 3 4 pagi tu normal untuk stay up siapkan assignment atau study, hmm tapi ada jugak stay up maraton tengok drama korea sampai ke subuh haha. Bayangkan kelas pukul 8 pagi, tapi kau bangun pukul 7.50 pagi. Kat situ ada dua pilihan samada untuk ponteng kelas atau datang kelas lambat. Which one??.



3. Masalah DUIT
Wang sangat penting bagi kita untuk hidup yang lebih berkualiti. Tapi tak semua student mampu menguruskan wang dengan betul. Sehari makan average dah RM10. Belum masuk belanja print dan photostat nota, beli buku rujukan, belanja beli barangan keperluan harian dan juga yuran univerisiti. Itu baru belanja untuk survive hidup di universiti belum termasuk belanja untuk berhibur,outing dan makan makanan mewah. Kadang-kadang kita teringin gunakan duit untuk memenuhi kepuasan, dan itu memang tak salah. Cuma itulah, bila terlebih guna hujung-hujung sem terpaksa mengikat perut sebab duit dah nak habis.




4. Friendzone
Kadang kala hidup di Universiti tak semestinya indah seperti di dalam drama dimana wujud perasaan cinta suka sama suka. Tetapi hakitkatnya banyak confession di page confession memaparkan banyak kisah di friendzonekan. Oh yaa maksud friendzone ialah di mana lelaki dan perempuan bersahabat tetapi salah seorang wujud perasaan cinta melebihi sahabat malangnya di reject. Memang hancur hati kan?. Sebab itu ada lebih baiknya kita fokus dengan study daripada bercrush-crush ni.





5. Assignment
Tentang assignment memang tak payah cerita panjang lebar semua student mengalaminya sendiri. Memang mereka pernah berada di satu tahap bila assigment bertimbun setinggi-tinggi gunung tapi dateline pula makin dekat. Tambah-tambah pulak blur dengan assignment diberi, pening jugak dibuatnya. Boleh tak cukup tidur nak siapkan assignment. Tidak termasuk kes kena reject assignment dengan lecturer, sedihnya hanya tuhan yang tahu huhu. 





6. Homesick
Bohonglah bila duduk berjauhan dengan keluarga di rumah untuk jangka masa yang lama tak rindu dengan keluarga. Tambahan pula universiti jauh beribu batu notika dari rumah, mesti rindu gila. Sedangkan yang rumah dekat tak tahan daulat duduk lama-lama di hostel, paling lama pun 3 minggu sekali balik inikan yang duduk jauh. Adatlah hidup berjauhan dengan keluarga. Cuma kena pandai kawal penyakit homesick ni, jangan terus hilang semangat study. Kalau rindu mereka dikampung, contactlah mereka yaa.




p/s: Entri ini ditulis sekadar suka-suka sahaja. Mungkin ada fakta ingin ditambah??. Silakan komen di entri ini huhu.

4 Comments

  1. sebenarnya zaman belajar la waktu yang paling best dalam hidup..

    ReplyDelete
  2. haah betul sangat-sangat. Kalau class cancel, nikmat tu adalah bertahan dalam 10 minit pastu baru terfikir nanti mesti ada class replacement.. tapi ad jugk yang tak replace langsung XP hihi

    http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/07/ada-apa-dengan-semester-1-student-life.html

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. kakak Nadeer ada cakap benda dalam drama tu semua dusta belaka.. hahaha

    ReplyDelete