Salam readership. Alhamdulilah ada juga ruang masa nak update blog ni. Sejak ada jawatan ni, memang agak sibuk sedikit. Kena bahagi masa dengan study lagi kan. Walaupun korang tengok orang ada jawatan sentiasa sibuk, penat semua tu tapi seronok sebenarnya. Bila kita aktif di Universiti, memang kita akan kenal ramai orang. Wujudlah ukhwah disitu. Takdelah balik kelas terperap dalam bilik je pastu just kenal coursemate je. 

Kite segan nak bagitau jawatan apa, bukan bangga pun. Jawatan kecik-kecik je huhu. Tapi sebagai pemulaan cerita untuk entri ni. Takda permulaan, takdalah pertengahan dan ending ceritanya dok?. Miela pegang jawatan sebagai Ketua Kluster Air dalam sekreteriat Kampus Sejahtera. Dalam KS, ada 6 kluster seperti Air, Pengurusan Sisa, Kesihatan, Biodervisiti, Agrotecture dan Kecekapan Tenaga. Secara ringkasnya KS ni satu badan di USM yang memperjuangkan agenda kelestarian supaya warga kampus mengamalkan gaya hidup lestari.

Dalam setiap kluster ada anak-anak buah. Lagi ramai ramai anak buah, lagi banyak cabaran nak kena hadapi. Lepas anak buah baru isi borang daftar sebagai sukarelawan KS, dibahagikan masuk mengikut kluster ditetapkan maka adalah perjumpaan pertama. Campur ahli lama dengan ahli baru dekat 200++ ahli. Glup!! telan air liur. Berdebar jugak, macam mana aku nak urus budak-budak ni?. Tapi demi tugas, kasi rendah jelah hahaha.

Maka Isnin minggu lepas Miela buat meeting dengan ahli kluster. Perkenalkan MT dan bahagi projek adalah agenda dia. Sementara nak tunggu orang yang baru habis kelas malam, Miela buat aktiviti sedikit. Saja nak lenggahkan masa sementara tunggu ahli lain. Aktivitinya, Miela minta depa ni ambil kertas tulis tentang kelestarian Air. Haa awal-awal dah bagi kerja, hahaha. Dan hasilnya..........

Selonggok kertas

Macam-macam jawapan depa tulis, ada yang tulis 4 5 patah perkataan je.  Ada yang tulis macam karangan pun ada. Miela tunjuk sedikit beberapa kertas yang Miela dapat. 

Ayat bawah sekali tu comel betul. Bangun pagi siram pokok bunga yer.
Kertas banyak ruang kosong, tulis 7 patah je. Akak tak suruh bazir kertas dik


Good answer
The last one. Walaupun jawapan ada lari sikit, tapi jawapan ni agak panjang dia beri.

Sebenarnya takda surat cinta sangat pun haha. Surat cinta dari anak-anak buah jer. Mimpi dapat surat peminat selonggok macam tu. Tapi dari survey surat "cinta" yang Miela dapat, rata-rata depa faham Kelestarian Air = Jimat Air. Betul juga jawapan tu tapi kurang tepat. Kelestarian Air bukan semata-mata jimat air juga merangkumi cara pengunaan air secara berhemah tanpa mencemarkan alam termasuk melidungi, menjaga dan memanfaatkan pengunaan air yang betul. 

1 Comments