Salam Readership. Baru minggu lepas Miela daftar mengundi. Maklumlah umur dah cukup 21 tahun bila masuk bulan november tahun lepas. So cuti semester ni, ada masa terus daftar mengundi. Sebagai rakyat Malaysia *cehwahh*, kita perlulah jalankan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya tak tahu pun nak daftar mengundi macam mana, jenuh jugak google tak jumpa-jumpa. Akhirnya Miela tanya parents dan kebetulan ada kawan baru daftar mengundi. Rupa-rupanya mudah sangat daftar mengundi ni. Ada tempat boleh mendaftar pemilih seperti Ibu Pejabat SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Pejabat Daerah. Tapi yang tempat paling mudah mendaftar ialah pejabat pos, sebab berdekatan dengan tempat tinggal kita.

Seperti Miela katakan tadi, mudah sangat daftar mengundi ni. Hampa terus pergi tempat pendaftar pemilih seperti pejabat pos. Ambil nombor, tunggu turn. Kemudian cakap nak daftar mengundi, nanti orang tu akan minta kad pengenalanan. Kemudian orang tu akan daftar kita sebagai pemilih, siap daftar dia akan minta tanda tangan kita untuk sahkan. Pendek kata daftar mengundi cuma hanya guna kad pengenalan sahaja.

Lepas kita daftar mengundi, kita akan daftar kertas ni

Mudah kan daftar mengundi?. Masa daftar mengundi kita tak tahu parlimen dan dun mana kita dapat. Mungkin nak dekat masa hari pengundian baru tahu. So, mana-mana yang dah cukup umur 21 atau belum mendaftar, daftarlah diri sebagai pemilih sebab ini tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Jika ada sebarang kemusykilan juga boleh rujuk soalan lazim SPR di sini

0 Comments