Program Motivasi Jejak Lestari USM
Salam Readership. Semester 5, boleh dikatakan Miela banyak jugak join macam-macam program kat USM. Normal kalau study di USM, memang banyak gila program. Sebab tu USM boleh lahirkan ramai student yang aktif di luar kuliah.
Cuma hari ni Miela nak flashback balik antara program yang masih tak boleh move lagi, hahaha. Dulu masa second year pernah pergi ke Kampung Selamat Bukit Merah. Juga pernah Miela cerita kan pengalaman di entri Bakti Siswa di Kampung Selamat.
Apa kaitanya dengan Program Motivasi Jejak Lestari USM?. Kalau dulu kami pergi ke Kampung Selamat buat program, kali ni budak-budak Kampung Selamat mai USM join program kami. Gituu ceritanya.
Hari Pertama : 27 November 2015
Petang lepas zohor Miela join jemput budak Kampung Selamat dekat Bukit Merah tu. Sepatutnya Miela tak pergi, sebab petang ada rehearsal persembahan hari Ko-k. Tapi terponteng pula, so pergi juga ke Kampung Selamat jemput dorang haha.
Sampai USM nak dekat nak senja tak silap. Memang agak jem nak sampai USM, hampir satu jam tersempit jem dalam pulau. Bila dah sampai, budak-budak diserahkan kepada abang dan kakak angkat untuk penempatan budak-budak ni tinggal. Dorang ni tinggal di bilik abang dan kakak angkat dorang selama 3 hari 2 malam.
Hari Pertama : 27 November 2015
Petang lepas zohor Miela join jemput budak Kampung Selamat dekat Bukit Merah tu. Sepatutnya Miela tak pergi, sebab petang ada rehearsal persembahan hari Ko-k. Tapi terponteng pula, so pergi juga ke Kampung Selamat jemput dorang haha.
Budak-budak ni excited nak naik bas pergi USM |
Sampai USM nak dekat nak senja tak silap. Memang agak jem nak sampai USM, hampir satu jam tersempit jem dalam pulau. Bila dah sampai, budak-budak diserahkan kepada abang dan kakak angkat untuk penempatan budak-budak ni tinggal. Dorang ni tinggal di bilik abang dan kakak angkat dorang selama 3 hari 2 malam.
Pendaftaran |
Lepas maghrib ada sesi ice breaking, pengenalan sikit dan juga sedikit ceramah. Malam tu Miela tak join sebab sibuk buat persembahan hari Ko-k di DTSP. So tak berapa pasti apa aktiviti dorang buat macam mana, hehe.
Hari Kedua: 28 November 2015
Hari kedua agak padat sikit aktiviti dia. Macam biasa pagi-pagi breakfast dulu, kemudian ada senaman Tai-Chi. Kebetulan hari tu ada Karnival Gaya Hidup Lestari kat situ. So kami bawa budak-budak ni datang ke karnival tu dari pagi sampai tengah hari. Budak-budak Kampung Selamat ni juga join majlis pelancaran karnival sampai ke Tasik Fajar untuk tengok acara simbolik tanam pokok kat situ.
Ini akak-akak fasi perempuan yang jaga budak-budak ni. haha |
Ada sesi bergambar bersama anak-anak Kampung Selamat |
Lepas ronda-ronda karnival, kemudian makan dan solat. Aktiviti petang agak best, sebab kami bawa mereka ni pergi jalan-jalan ke Bukit Bendera. Free okay, of course lah tiket di sponsor huhu.
Seronok bawa budak-budak ni berjalan. Ada sebahagian mereka memang tak pernah lagi pergi Bukit Bendera, patutlah excited. Pada yang sama dapat juga lupakan assignment yang tertangguh bila dok berjalan dengan depa ni haha. Kemudian malam tu selepas balik dari Bukit Bendera pula ada ceramah motivasi oleh wakil fasi. Tujuan dia nak bagi budak-budak ni semangat untuk belajar sampai menara gading.
Hari Ketiga: 29 November 2015
Hari terakhir bersama-sama dengan anak Kampung Selamat. Pagi tu maka kakak dan abang angkat depa terpaksa berpisah dengan budak-budak kampung Selamat ni.
Abang angkat tolong angkatkan beg adik angkat sampai ke padang kawad |
Tapi nanti dulu, awal lagi kann nak balik. Lepas abang dan kakak angkat mereka ni hantar ke padang kawad, macam biasa ada breakfast juga ada senamrobik untuk segar sikit badan tu. Pagi tu juga ada bebrapa aktviti sebelum mereka pulang ke kampung.
Akak dan abang fasi ajar budak-budak ni main bukit yang cantik hey!! |
Dorang diminta buat satu peta kampung impian yang dorang impikan |
Kemudian ada presentation oleh budak-budak kampung selamat |
Habis sahaja aktiviti, ada majlis penutup. Kemudian barulah depa boleh pulang ke kampung tempat mereka tinggal. Agak tacing tapi boleh tahan lagi ayaq mata tu nak berpisah budak-budak ni buat -buat tabah *haha boleh pulak. Tapi Miela percaya satu hari nanti, Insyallah ada rezeki jumpa lagi budak-budak ni. Miela harap budak-budak Kampung Selamat ada suntikan semangat untuk belajar sampai berjaya hingga menara gading selepas join program ni. Ingatlah dalam kejayaan tu bermula dengan langkah yang pertama, bagaimana langkah pertama tu membawa kejayaan atau kegagalan *eh macam curi ayat someone ja >.< haha.
P/s: Siapa yang belum join Segmen Blogwalking by Cik Miela, jom join. Mana tahu korang bertuah kan.
0 Comments