Salam Readership. Miela tahu sekarang musim panas gila-gila terutama kawasan yang belah utagha tu. Orang cakap panas lit lit, boleh berpeluh-peluh dibuatnya even dalam bilik. Akibat cuaca panas berterusan boleh menyebabkan ayaq kt muka bumi ni kering tau. Bila ayaq makin kering, sumber ayaq pun makin berkurang

So hari ni nak kongsi serba sedikit tentang tips jimat air. Actually tips ni Miela rangkumkan sendiri berdasarkan sumber-sumber dari internet. Kemudian tips ni disebarkan melalui page untuk memdidik mahasiswa cakna tentang kelestarian air. Sebenarnya tips ni adalah lebih fokus kepada student, tapi orang biasa boleh amalkan juga kan? *ikut kesesuaian. Jom ikuti tips ini



1. Jangan biarkan air mengalir dari pili air.


Air adalah penting untuk kita setiap hari. Air yang mengalir dari pili air mempercepatkan kadar pengunaan air seterusnya boleh menaikan bil air. Tutup pili air jika kita tidak mengunakannya.



2. Baiki dengan segera semua kebocoran pili, paip dan sistem tandas.


Kebocoran pili, paip dan sistem tandas menyebabkan berlakunya pembaziran air. Jika berlaku kebocoran air di kampus segera laporkan kepada pihak berwajib seperti Pejabat Desasiswa atau Jabatan Pembangunan.



3. Kurangkan kekerapan mencuci kereta atau motosikal.

Tidak salah kita mencuci kereta atau motorsikal kerana fungsi air juga digunakan untuk mencuci. Namun jika terlalu kerap mencuci juga boleh menbazirkan air . Jika anda perlu mencuci, gunakan air baldi dan span ataupun kain basah.



4. Gunakan mesin pencuci hanya dengan muatan basuhan penuh
Sewaktu membasuh pakaian, basuh pakaian apabila muatan pakaian penuh kerana biarpun separuh muatan, tetap akan menggunakan jumlah air yang sama. Namun begitu amat digalakan membasuh pakaian tanpa mesin kerana mencuci tanpa mesin lebih menjimatkan air pada masa yang sama dapat menjimatkan tenaga elektrik.



5. Gunakan Air Hujan


Air hujan merupakan sumber air semula jadi kepada penduduk bumi. Dengan menadah air hujan dan mengunakan air hujan untuk aktiviti menyiram ataupun mencuci dapat digunakan secara percuma.



6. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.


Bilik air merupakan tempat di mana penjimatan perlu ditekankan kerana 3/4 air digunakan di bilik air. Kita sepatutnya meminimakan penggunaan air semasa mandi dengan mengurangkan masa madian dan mengunakan pancuran mandian bertekanan rendah. Ketika bersabun tutup pancuran mandian sebentar supaya air tidak membazir begitu sahaja.




7. Jimatkan air di Tandas


Meletakan sebotol air mineral 500 ml ke dalam tangki tandas merupakan cara paling mudah untuk menjimatkan air tanpa menggangu keupayaan tandas tersebut. Kaedah ini dapat menjimatkan air sebanyak 30% pengunaan air. 


1 Comments