Unofficial 22
Salam readership. Cuti semester sudah bermula, maka bolehlah nak update entri sebanyak mungkin. As usual waktu study, memang tak dapat nak update entri kerana sibuk hal di universiti. Ini adalah entri pertama bagi 2016. Masuk tahun 2016, secara tak rasminya Miela sudah berumur 22, huhuhuhuhu. Sekejap je masa, rasa still sweet 18 lagi uwekkkkk hahaha. Btw, banyak benda Miela belum capai lagi dalam hidup dan ada juga still in progress.
Salah satu moments study di USM |
Study
Alhamdulilah sekarang sudah masuk tahun ke-3 belajar di USM, dah masuk semester ke 6 dengan baki 2 semester sebelum pratikal. Actually masa sekolah dulu Miela tak pernah expect study sampai USM ni, sebab dulu-dulu target nak masuk politeknik or universiti biasa-biasa je. Sapa sangka perancangan tuhan, tup tup dapat benda yang lebih baik daripada kita jangka. So far sangat bersyukur dapat study di USM meskipun banyak pancaroba ku tetap tempuhi harungi jua, cewahhh gitu. Insyallah tahun depan depan grad dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan. Kite lambat sikit grad sebab program 4 tahun.
Duit
Baru-baru ni kecoh isu tentang isu mahasiswa tak cukup duit sampai terkoyak usus disebabkan tak makan beberapa hari. Kalau diikutkan umur sekarang ni, teringin nak ada duit sendiri even tengah belajar. Miela tak mampu nak kumpul duit banyak-banyak time study dengan kata lain #2kerja dalam satu masa, sebab sibuk komitment dengan study dan jawatan dalam sekretariat. Cuma kalau ada masa terluang tolong design poster,baju atau logo. Ada upah sikit dapat. Ohh baru teringat, bisnes felt, haha walaupun tak aktif sangat jual, tapi adalah hasil. Yang best lagi bila ada blog, pun boleh jana duit secara tak langsung dengan nuffnang. Insyallah for future, ada kerja sendiri baru ada duit sendiri. Masa tu boleh beli barang macam-macam, bagi duit kat parents, pergi melacong dan tak lupa nak kena bayaq balik ptptn tu, hurm.
Jodoh
Hahahahahahahahahaha mampu gelak ja wei. Jawapannya belum jumpa lagi. Siapa cakap bila study senang jumpa calon?, susah sebenarnya lagi-lagi bila kau study di universiti yang majoriti ramai perempuan. Lain lah kalau study di universiti majoriti lelaki. However, sebenarnya malas nak fikir lagi, masih jauh perjalanan walaupun ada rakan sebanyak yang dah jumpa calon atau jodoh. Kalau dah bersedia, Insyallah satu hari nanti adalah tuuu *ayat penyedap hati.
Makin Matang
Seganlah pula nak cakap makin matang ni, hehe. Rasanya belum cukup lagi, muka pun orang cakap ingat masih sekolah lagi. Cuma kalau dibandingkan dengan perangai dulu-dulu dengan perangai sekarang banyak dah berubah. Mungkin dulu kurang confident, sekarang makin confident. Dulu-dulu nak speaking bi pun tak reti, sekarang boleh lah sikit sebab dah terbiasa dengan enviroment school (falkuti) yang mengamalkan english sebagai bahasa pengantar. Dulu asyik-asyik jadi follower, sekarang dah berani nak pegang jawatan macam-macam *ohh macam gila kuasa pulak, haha*. Pendek kata aku yang dulu bukannya sekarang heyy!!.
Blog
Sejak Ogos 2010 tak silap Miela start berblogging. Maknanya tahun ni dah masuk tahun 6 berblogging. Asalnya buat blog unexpected, buat suka-suka takdalah sampai follower 800++ dan boleh mampu menjana pendapatan sampingan. But I love with my own blog because when a lots of memory. Kadang-kadang kau lupa memori dan kisah dulu-dulu bila baca balik entri dapat ingat balik walaupun agak "sengal" masa zaman dulu. Sekarang dulu blog biasa-biasa, sekarang pageview 273113 *terkini semasa entri ini ditulis. Untuk masa hadapan pula, semoga blog ni pageview naik dan semakin dikenali ramai. Kalau boleh tahun ni nak capai 1k follower pulak, hehe.
Ini sahaja Miela cerita serba sedikit apa tentang overall yang telah dicapai dalam hidup. Tapi banyak lagi kalau boleh nak letak ni, masalahnya lupa hahaha. Sedangkan azam tahun lepas tak ingat. Cuma Miela tak harap banyak, harapnya hidup di dunia di permudahkan disamping juga dapat menambahkan pahala-pahala semasa hidup dimuka bumi ini.
2 Comments
Sy pun unofficial 20 tahun ni >.< Nak tergelak bila baca part jodoh tu. Dulu time skolah cikgu pernah cakap, nk bercinta.. nk cari jodoh tunggu masuk U, tahun ni dah 2nd year tp takjumpe jumpe lg. heheheh XD Perancangan Allah kan? Part duit tu betul sgt sgt. Sy pun teringin nk ad duit sendiri, tpi kena fokus kt pelajaran sbb kite ni bukanny budak pandai sngt nk buat 2 kerja dlm 1 masa.
ReplyDeletehttp://anies-msletoes.blogspot.my/2016/01/kes-lenggang-kangkung-kan-dah-lambat.html
hehe betul tu :D
Delete