Salam readership. "Masa itu Emas" itulah orang kita dok cakap. Disebabkan masa itu memang sangat berharga, sudah tentu jam tangan menjadi aksesori paling penting!. Kalau takda jam tangan, tangan rasa ringan dan kosong. Sedangkan Miela sendiri kalau keluar bilik baru kunci pintu terlupa pakai jam tangan, sanggup masuk balik bilik nak pakai jam tangan. Punyalahhhhh.

Jam tangan di pasaran ada macam-macam jenis tidak kira lelaki dan wanita. Secara asasnya jam tangan dianggap sebagai alat mengetahui masa. Tapi bila dah masuk zaman moden ni, jam tangan sekarang sudah diupgrade dengan dari segi rekaan dengan sentuhan yang kreatif dan moden seiring perkembangan trend fesyen terkini dalam dunia yang serba moden.

Pada zaman sekarang ni jam tangan pun dah berfungsi aksesori untuk menonjolkan penampilan tau. Percaya tak, bahawa seutas jam tangan sebenarnya mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya?. Kadang-kadang orang pakai pakaian biasa pun, tapi bila orang lain nampak jam tangan yang dia pakai sangat stail dah nampak cool kan?. Apa yang pasti korang haruslah dapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran. 


Jom tengok macam-macam stail jam tangan terkini popular untuk lelaki dan wanita yang boleh digayakan seperti di bawah ini.



Koleksi jam tangan wanita terkini yang boleh korang lihat dalam pasaran sekarang ini dibanjiri dengan macam-macam seleksi pilihan yang cukup menarik. Mengekalkan rekaan yang feminine untuk dipadankan bersama gaya yang lebih lembut tetapi jam tangan wanita sekarang ini lebih bergaya sesuai dengan trend fesyen terkini yang sedang popular dalam pasaran.


Manakala di bawah ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban gitu






Bagaimana? Macam menarik kan? Miela pasti stail jam tangan di atas untuk lelaki dan wanita dapat memberikan idea untuk menggayakan jam tangan terbaru. Korang juga boleh dapatkan gaya inspirasi daripada artis feveret korang untuk kelihatan lebih bergaya. Get inspired from their styles and mix it with to suit with your taste for a revamped look!


2 Comments