Salam Readership. Bersua kembali pada 1 April bersamaan setahun sudah jangka hayat GST bertapak di Malaysia ni, huhu. Soalnya ada kaitan ke baucer buku dengan GST?. Takda sebab buku merupakan barang yang tidak dikenakan GST. Tapi kalau awak dengan saya ada kaitan, sebab saya berkenan dengan awak Cia Cia Cia.

Berbalik kisah tentang baucer buku ni. Miela sudah dapatkan baucer sejak hari isnin lepas. Well Miela ni memang budak baik, dapat baucer buku terus pergi kedai beli buku rujukan *naik lift tekan button sendiri*. Bukan Miela saja, coursemate dapat baucer buku terus terjah ke kedai buku beli buku rujukan ni. 

Buku ni kami kena beli

Apa disebalik cerita tentang buku ni sampai dapat baucer buku terus pergi beli. Kalau nak tau harga buku RM183!!. Haa buku ni kami kena wajib beli. Bayangkan kalau dari keluarga yang tak seberapa mana nak cekau duit beli buku ni. Nasib ada baucer buku, syukur sangatttt. Buku ni mahal sebab ada code. Code kami kena guna untuk buat latihan yang lecturer tentukan nanti. Ni pun termasuk coursemark okay. Tak beli hilang coursemark. Ibaratnya nak dapat gred elok pun, kena beli jugak coursemark ni huhuhu.

Bagi Miela selama 3 tahun berlajaq bercoursekan management, memang setiap kali dapat baucer banyak dilaburkan dengan buku rujukan. Hampa ingat budak medik ja pakai buku mahal-mahal?. Course management boleh tahan juga. Selalu kami beli buku original bila buku tu ada code untuk assessment coursework. 

Bagi Miela baucer buku RM250 tak cukup. 60 70% tambah tolak selalu dilaburkan dengan beli rujukan. Yang lain of course beli buku kegemaran macam novel, buku motivasi, buku agama termasuk buku resepi pun gegeh beli selagi baucer tak habis. Dari kecil sampai besar, Miela suka membaca buku. Kalau kecik-kecik dulu rajin gila baca novel PTS ONE tu. Kalau anugerah NILAM tak payah cakap, memang dapat lah.

Berbanding orang lain. Miela tau memang ramai jugak tak puas hati dapat baucer buku ni. Yelah depa nak guna apa guna baucer buku ni. Buku rujukan tak perlu beli, tambah kalau yang last semester atau tengah intern. Macam tak tau nak guna untuk apa. Agaknya boleh kaitkan peribahasa seperti monyet dapat bunga ?.



Last-last ada yang tukar baucer buku dengan wang. Baru teringat kelas muamalat tadi. Memang ada orang tanya isu tukar baucer dengan duit. Katakan hampa dapat rm200 hasil tukar baucer yang bernilai RM250. Baucer tu hutang kerajaan kepada peniaga tetapi dalam bentuk baucer buku. Bila tukar, dah less RM50. Ini bermakna ada unsur RIBA disitu. Sebab apa??.  berlaku pertukaran matawang dengan baucer tetapi tidak sama nilai. Ok kalau nak sure lagi boleh tengok sini . 

Itu satu, satu lagi baucer buku tu kan amanah kerajaan untuk beli buku. Agak tidak beretika kalau beli benda lain atau menjualnya ibarat pecah amanah. Itulah Miela ingat ustaz cakap masa kelas muamalat petang tadi. Tapi kalau dah terdesak atau daurat nak tukarkan baucer buku kepada wang terpulang kepada masing-masing.

Bagi Miela, hampa guna lah baucer buku sebaiknya. Belilah buku meskipun tak membaca. Mungkin kawan, adik beradik atau anak cucu kita sekalipun akan membacanya dan mengamalkannya. Jika kita meninggal dunia, Insyallah dapat pahala berterusan. Tak pun beli al-quran, wakafkan mana-mana surau atau masjid niscaya dapat pahala juga. Nampak tak baucer buku boleh kita buat modal pahala berterusan?. 

Nak jual atau beli benda selain buku adalah hak masing-masing. Miela hanya menasihati sahaja. Kalau nak bagi baucer atau buku-buku kat Miela , Kecik Tapak Tangan Pulau Mutiara Miela tadahkan hahahaha.




Last, 5 buku ja Miela beli tak termasuk satu buku rujukan Miela sebut yang meleburkan baucer buku RM150. So baki, RM100 mampu beli 5 buku sahaja. Huhu tak cukup. Sebenarnya banyak wishlist buku nak kena beli T_T. Tunggu tahun depan nampaknya, sebab masa tu tengah intern memang boleh guna sebaiknya baucer buku RM250.


P/S: Gunakanlah sebaiknya baucer buku diberi. Nampak remeh tapi baucer tersingkap satu amanah. Faham budaya orang Malaysia memang jenih payah nak baca buku, tapi tips golongan susah membaca mulakan membaca buku bacaan ringan atau buku yang mempunyai gaya penulisan santai. Insyalllah boleh jumpa minat membaca.

11 Comments

  1. dulu masa study kat UM x wujud lagi baucer buku ni semua hehe, kan best kalau baucer buku dah ada masa tu heehhe, baru syok beli buku..

    ReplyDelete
  2. Dulu masa study dapat BB1M ni perkara paling seronok. Selain beli buku kuliah dapat jugak beli buku best best dkt Big Bad Wolf. =) Dengan membaca kita dapat tambah ilmu pengetahuan... kan? =)

    ReplyDelete
  3. Best nya ada baucer buku kan. Semua buku nak beli kalau gitu. Pernah teman adik beli buku guna baucer ni, seronok amat tengok dia. Akak dia pun tumpang gembira. :)

    ReplyDelete
  4. salam best masih punya baucer bukur , student life dah habis so tak ada dah baucer

    ReplyDelete
  5. tak merasa dulu study pakai bbim..semua sendiri..guna duit ptptn.. tapi sem 1 sampai sem 3 je laa..pastu dah perasan senior, weolss fotostat je..hahahahaha.. kemain lecturer dok cakap x halal laa ape lah kan.. tp mana lah mampu..buku harga mahal2..bacanya pon tidak.. dia bagi nota lain.. humm..

    ReplyDelete
  6. Haah betul tu Miela. Kalau tukar dengan duit dah kira riba. Even kalau beli emas RM2000 and gadai emas RM1500 and bayar RM500, yang RM500 tu pun kira riba. Dylla baru tahu haritu :O

    ReplyDelete
  7. Ayat-Ayat Cinta 2 tu bukan main tebal lagi kan?

    ReplyDelete
  8. eh, cerita budk design tu bpa rm bli?

    ReplyDelete
  9. baucer buku ada baki RM50 lgi hahaha ..

    ReplyDelete
  10. seronokla dapat baucer buku.shopping buku bebanyak

    ReplyDelete