Resepi Cornflakes Coklat
Salam Readership. Sabtu lepas ada try resepi dari facebook ni. Nampak mudah sebabnya tak perlu bakar. Mudah sangat resepi cornflakes coklat. Tak perlu bahan banyak pun. Budak-budak suka makan punya biskut ni. So kali ni Miela nak share resepi serba ringkas biskut raya tanpa bakar iaitu Cornflakes Coklat.
Bahan - bahan:
- Cornflakes
- Coklat
- 1/4 Butter
- Gula manik sebagai hiasan
p/s: Bahan-bahan ni boleh main agak-agak berapa banyak. Miela tak tetapkan berapa sukatan. Tapi yang penting kuantiti coklat kena lebih daripada conflakes supaya senang melekat.
Cara-cara:
1. Ramas cornflakes. Biar cornflakes hancur rata. Tapi jangan terlalu hancur sangat ye, hancur gitu-gitu je.
1. Ramas cornflakes. Biar cornflakes hancur rata. Tapi jangan terlalu hancur sangat ye, hancur gitu-gitu je.
2. Cairkan coklat & butter dengan mengunakan teknik double boil. Gaul rata.
3. Masukkan cornflakes yang diramas tadi ke bekas yang berisi coklat dan butter. Gaul rata biar cornflakes sebati dengan coklat.
4. Kemudian sudukan cornflakes yang digaul ke dalam paper cup.
5. Taburkan gula manik atasnya sebagai hiasan.
6. Kemudian masukan dalam peti ais seketika untuk cornflakes coklat mengeras.
Tadaaaa dah siap Cornflakes Coklat.
2 Comments
whoaa! sedapnya. nak try nanti. thank you share :)
ReplyDeletesdapnya nampak...
ReplyDelete