Salam Readership. Sepatutnya Miela update story ni di awal ramadhan. Ni sekarang dah pertengahan ramadhan. Orang sekarang dah dok pos and terima kad raya, tuan blog ni baru gegeh habaq terima kad ramadhan. Huhu walaupun dah pertengahan ramadhan tetap nak update juga.

Alkisahnya kad ni sampai ke rumah dalam awal bulan ramadhan. Tapi disebabkan masa tu Miela masih di universiti so tak sempat tak sempat tengok isi kad ini. Kemudian dua hari lepas barulah dapat sempat tengok isi kad ni. Itupun sebab dah lepas habis exam, so sampai rumah nampak kad ni dalam bilik. Rasanya dah boleh agak kad ni dari siapa, sebab ada logo Muslim Volunteer Malaysia - MVM.



Terima kasih Muslim Volunteer Malaysia - MVM sebab hantarkan kad ramadhan yang cantik ni. Macam mana boleh dapat?. Bila MVM offer nak bagi kad ramadhan free, Miela isi detail di link diberi dalam Facebook MVM sendiri. Tak sangka dapat jugak kad ni.

Muslim Volunteer Malaysia - MVM merupakan satu badan NGO yang sering menjayakan aktiviti kemanusiaan berteraskan islamik. MVM sering menjalankan program-program amal dengan kerjasama NGO lain. Dalam bulan ramadhan ada 4 program dorang buat seperti Projek SMTG 2.0, Projek Dodol, Pure Heart 5.0 dan Kem Ramadhan. Miela teringin nak join aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh MVM tetapi sebab tempat program agak jauh tu, tak dapat lah pergi huhu. Cuma dapat bagi sokongan dari jauh. 

MVM juga setiap masa sentiasa menawarkan kepada sesiapa yang ingin memberi tajaan atau derma untuk program kemanusian mereka lakukan. Zaman sekarang dah mudah, nak menderma menlalui online pun boleh. Tak perlu ragu-ragu Insyallah tajaan dan derma akan sampai di saluran betul. Di Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita meyerikan ibadah, mengharumkan iman dan menggandakan pahala bersama Muslim Volunteer Malaysia MVM. 

Untuk mengetahui info lebih lanjut:

Twitter : @VolunteerMVM

1 Comments