Thursday, August 04, 2016

Dapat baucer Watsons dari AIP Online Survey

Salam readership. Sepatutnya nak up cerita ni dari minggu lepas tetapi disebabkan sikap yang bertangguh dan juga tengah sibuk marathon drama korea buat blog ni tak update lagi entri bulan 8. Mujur hari ni ada mood nak update blog kuikui. 

Minggu lepas dapat surat cinta dari abam posmen siap mintak tanda tangan. Curious juga ada apa dalam sampul surat tu siap kena tanda tangan bagai. Ok bukak sampul surat nampak lah ini


Barulah teringat masa bulan puasa ada tebus point AIP Online Survey ni. Cepat betul, tak payah tunggu lama-lama. Selalu kalau tunggu cek, tebus barang ke apa ambil masa 2 3 bulan jugak. Tapi yang ini ambik masa dalam sebulan je. 

AIP Online Survey laman web dimana bila kita jawab survey dapat point. Dan point terkumpul boleh tebus mana-mana baucer kita nak seperti baucer KFC, Petronas, Aeon dan lain-lain. Miela pilih baucer Watsons sebab teringin beli lipstick baru kat Watsons.


Bila dah cukup 2000 points boleh dah tebus baucer. Nak kumpul banyak-banyak point boleh nanti boleh tebus dapatlah baucer lebih sikit. Ni dah tak sabar, cukup 2000 points terus tebus hehe. Korang kena rajin jawab survey yang ada. Sekarang ni lepas tebus points masa puasa, points baru terkumpul dah 1000 dah, tak lama lagi boleh tebus baucer baru.

Daripada duduk online saja, apakata jawab survey untuk dapatkan ganjaran. Boleh terus daftar di AIP Online Survey. Miela dah dapat ganjaran, korang bila lagi?.

1 comment:

  1. jenuh juga nak kumpul point tu.. ok saya jeles..hehe

    ReplyDelete