Sumbe gambar : Google

Salam Readership. Tak berapa pasti samada umur sekarang ni sesuai nak sebut kahwin ni ke tak. Ada yang cakap awal lagi tak payah kalut sangat tapi yang heran ramai jugak dah kahwin umur macam ni 😒. Masa zaman sekolah dulu ada juga target umur berapa nak kahwin, gatal jugak dulu noh 😂. Nasib tak pernah bercinta lagi zaman sekolah.

Tahun ni dengan rasa tuanya, umur nak masuk 23 tahun. Sebenarnya Miela target kahwin umur 24 sebab suka number genap haha *apa kaitan doh?. Tapi nak dekat dengan target barulah realize ingat senang nak cari jodoh?. Eh tak, Miela ni jenis pemalu memang jenis menunggu orang confess huhu. Sedarlah sebenarnya takde siapa minat kat kau, ok fine 😭.

Tapi pada yang sama kan bila nak dekat target sebenarnya tak ready langsung nak masuk alam perkahwinan ni. Walhal baru ambik kursus kahwin dalam dua bulan lepas itupun saja-saja je ambik. Sebenarnya perkahwinan banyak tanggungjawab bak kata Cik Epal perkahwinan bukan macam fairytale. Lagipun kan umur 23 tahun baru nak habis study, belum ada duit sendiri. Tak puas jadi anak dara lagi. Bila umur 20 lebih barulah kenal dunia remaja sebenar macam pergi tengok wayang ke, makan kat cafe hipster, baru tau makeup sikit walaupun bunyi dia nampak jakun sikit haha. Sebab zaman muda-muda dulu takde benda macam ni sebab takda pendedahan, kesian 😆.

Ok biarlah Miela buat konklusinya. Dengan takde calonnya dan jugak diri sendiri belum sendiri belum bersedia nampak kena delay juga target ni 😅. Miela suka nombor genap, so paling awal pun umur 26 tak pun 28, paling lambat 30. Kalau tak capai jugak, redha jelah noh. Serius memang tak ready lagi, nak capai benda lain sebelum melaksanakan benda yang ini. Kepada yang kahwin awal, hampa memang insan terpilih sebab Allah bagi tanggungjawab sebagai isteri/suami pada usia yang muda. Jodoh akan sampai bila kita dah bersedia. So chill, ada hikmahnya tak kira awal ke lambat. 



p/s: Kepada en.suami ketika baca entri ni saya belum jumpa awak lagi sebab awak tak muncul lagi 😂.

4 Comments

  1. Baru-baru ni family bf saya nak masuk meminang tapi saya terpaksa tunda sebab saya perlu habiskan pengajian saya dulu dan perlu ada wang saku sendiri untuk buat majlis perkahwinan. In shaa Allah raya haji ni bertunang sebab dalam masa lebih kurang 8 bulan ni boleh la bajet sebulan kena kumpul berapa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis doakan munirah dipermudahkan dalam urusahan perkahwinan :)

      Delete
  2. sis singgah sini follow dan isi tabung,.. sis tertarik ngan isu ni. Honestly, sis dah 15tahun kawin, sis tamatkan zaman bujang umur 20. Pd mulanya target nk kwin usia 24 itupun ngan org lain (dah ada bf masa tu) tapi jodoh Allah punya kuasa.. jadi soal jodoh bg sis biarlah Dia yg tentukan. Tiba masa akan dtg dgn sndiri jd tak perlu susah hati, janji adik tau dialah orangnya. Sis dan suami, walau org kata tak sepadan ke apa, ada aku peduli?? Janji aku tau dia boleh jaga aku!! dan satu sis nk pesan, dlm memilih pasangan, "biar pilih orang yang sayang kita dari pilih orang yang kita sayang." dek kerana pegang ayat tu lah, alhamdulillah sis dapat buat pilihan yang lebih bijak dan dpt hidup bahagia hingga sekarang walau dulu sis ingin berkawin dgn org lain

    ReplyDelete
  3. berdoa agar dijodohkan dgn lelaki terbaik ekk.
    masih muda lagi miela. masih ada masa mencari :) hi hi...
    akak kawin umur 25.
    da abis blaja masa tu. da abis chambering.
    lom kerja tetap but mr.asben da keje lama.
    ok la. proceed jer la kawin :) hi hi hi...

    ReplyDelete