Wednesday, February 15, 2017

Laptop baru keluar wad




Salam Readership. Dah dua minggu blog tak berupdate. Sebab utama ialah laptop kesayangan ni rosak. Even boleh je nak update blog pakai laptop orang lain tapi tulah idea tak keluar kalau bukan dengan laptop sendiri. 

Kisahnya bila laptop kesayangan screen blackout dengan kata lain skrin gelap. Sebelum ni pernah berlaku tapi dapat diselamatkan dengan repair wayar skrin. Tapi kali ni blackout tak muncul-muncul dah. Terpaksa hantar ke kedai beberapa minggu. Harga repair skrin laptop RM380 untuk laptop . Korang rasa murah tak?. Ke mahal??. Tapi dah siap repair dah kan, redha duit melayang huhu.

Ni skrin yang rosak tu

Laptop dah okay balik

Sejarah sebelum ni, laptop ni pernah repair bila keyboard laptop rosak dengan harga harga repair RM150 macam tu. Ada lagi minor servis pernah buat untuk laptop ni macam cuci kipas, tambah ram semua tu. Ingat kereta je kena servis, laptop pun kena servis jugak. Laptop ni pun beli masa awal-awal masuk U, dah 4 tahun dah. So harap lepas ni laptop tak meragam lagi, sebab banyak keja kena buat guna laptop. Harap tahan 2 3 tahun lagi. Bila Miela dah kerja nanti boleh beli laptop baru, rasa nak beli laptop Macbook lahh. Gituuu.

6 comments:

  1. salam. hee, semoga lappy awak terus sehat! ^^

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga mahal tu fuhhh. Tak dapat bayangkan kalau laptop saya ni tetiba nak buat hal pulak haha. btw saya singgah sini dan follow cik miela ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Skrin laptop saya sekarang pun dah bergaris. Sama lah dah dengan awk almost 4 years tak servis laptop. Nanti dapat duit ptptn kena servis laptop. Dah lah tahun akhir.

    ReplyDelete
  4. Teringat pula time berblog dulu, laptop saya pun rosak. Kalau tak silap dalam rm 100 lebih gitulah. terpaksa format balik..

    ReplyDelete
  5. laptop sy dah masuk 5 tahun. hjg tahun lepas masuk hosp sebab mslh window. ada juga keyboards yg K.O tapi sy x repair. pakai keyboards screen ja �� byrn window tu hanya RM55, kalau tmbh repair keyboards mesti mahal ��

    ReplyDelete
  6. laptop saya otw nak masuk wad dah..haha

    ReplyDelete