Macam takda mengena ja gambar ni 😂. *actually ni watak intern dalam drama Good Manager.

Salam readership. Agak lama blog ni tak berupdate entri. Ini pun entri first untuk bulan 3. Well sekarang Miela sedang menjalani praktikal di Ael Engineering Sdn. Bhd Parit Buntar, Perak. Sedar tak sedar hampir sebulan dah intern. Kali ni nak kongsi lah tips bila kita berintern ni. Macam mana kita nak tunjukkan attitude sebagai budak intern yang bagus. Tips ni pun ada Miela ingat daripada artikel-artikel yang Miela baca di internet. Jadi Miela rangkumkan apa yang Miela ingat dan amalkan disini.

1. Tak tahu tanya. Jangan buat-buat tau
Ini benda paling penting. Biasa laa depa bagi task kadang tak tau nak buat macam mana ek. Kadang-kadang task yang kita dapat tak tak pernah langsung belajaq masa kat universiti. Terkena kejutan budaya kat situ. Kalau tak faham tu hampa tanya ja walaupun dah banyak kali terang. Biar kita nampak slow, biasalah budak intern kan. Daripada tak tahu buat-buat tau. Tak pasal kena marah sebab menyusahkan orang. Biasanya bila Miela diberi task, Miela akan ulang balik cakap apa kena buat kat staff untuk make sure betul tak kita kena buat itu ini.


2. Double check! Double check!
Paling penting terutama task melibatkan harta company. Harta company bukan macam kedai runcit beb. Aset tak banyak, hilang duit sikit boleh ignore. Tapi harta company besar-besar berjuta-juta. Kalau ada misleading sikit depa cari sampai ke lubang cacing,memang tak boleh ignore macam tu sahaja. Biasanya bila Miela kerja kena key in price update, delivery quantity ke Miela akan double check betul tak key in nombor. Dah siap pun double check lagi takut tertinggal. Ketaq gak buat, bukan boleh dibuat sambil lewa huhu.


3. Buat apa tuuuu?
Bila praktikal ni, belajaq memahami suasana tempat kerja. Rugi wei tak belajaq. Contoh tengah relax sat hang nampak akak tu buat kerja. Pastu tanya la "tengah buat apa tu kak?". Pastu akak tu jawab "tengah buat EDI untuk company xx". At least tahu laa rutin dorang buat apa, hampa nak tulis report pun senang. Kalau rajin tambah laa. "Ada apa-apa kak boleh saya tolong". At least nampak la rajin as budak praktikal.



Untuk pengalaman pratikal masih baru nak ceritakan. Tapi cukuplah ada sedikit banyak belajar benda tak belajar kat U. Kat U ibarat foundation basic-basic knowledge je. Tapi bila kerja, haaaa ambik hang macam tak pernah belajar. Tapi takpa la kan pengalaman, boleh letak skill baru dalam resume sebab dapat belajar guna system pejabat. Kepada yang bakal berintern, selamat berintern. Yang penting hati mau tabah, hehe. 

3 Comments

  1. tips yg bagus.. semoga berjaya dalam dunia praktikal... :)

    ReplyDelete
  2. Will be in industrial training this july. Wish me luck =)

    ReplyDelete