Sunday, April 09, 2017

Majalah Gila-Gila di Pekan Kartun, Zoo Taiping Perak


Salam Readership. Sememangnya majalah Gila Gila merupakan salah satu majalah favourite masa zaman sekolah dulu selain majalah Ujang, Mastika, Bintang Kecil, Yezz dan lain-lain. Memang dari zaman sekolah rendah sampai zaman PMR rajin baca macam-macam majalah, tak tipu wei 😂. Budak sekarang mana rajin nak beli majalah ni, suma baca kat online je. 

Semalam Miela temankan adik Miela pergi Pekan Kartun kat Zoo Taiping. Pekan kartun macam event mengumpulkan kartunis, pelukis dan ada berkaitan anime sikit la gitu kot. Nak tau lebih lanjut, boleh usha di page Pekan Kartun Ipoh .

Suasana pekan kartun






Benda yang tertarik di mata Miela adalah Majalah Gila-Gila. Tak tau sekarang ni payah nak jumpa majalah ni. Kebetulan kat event dia jual harga murah, 2 dapat RM5. So Miela beli la dua. Paling best dapat tanda tangan free daripada kartunis entah siapa nama dia sebab lupa. Fail sebab lama tak baca majalah Gila-Gila 😂.




Seronok jugak dapat tanda tangan kartunis tu sendiri. Dulu masa kecik teringat nak dapat tanda tangan dari kartunis tapi tak mampu sebab masih kecil. Majalah Gila-Gila memang nostalgia sangat. Entah-entah budak sekarang tak tahu kewujudan majalah ni. Bacaan bercetak zaman dulu orang sangat hargai sebab berbayar dan depa akan simpan baik-baik dan boleh baca berulang kali . Bebeza bacaan online dahlah free, orang akan baca sekali dan terus lupa apa yang dibaca. 

2 comments:

  1. maigodddd!majalah ni. legen nyaaaa. seriously!haha

    ReplyDelete
  2. Masa kecik2 dulu memang komik kegemaranlah ni. Satu lagi komik apo? Tapi, sekarang ni macam payah nak jumpa dah.

    ReplyDelete