Sunday, November 11, 2018

Buat doodle dengan mudah dengan Unnie Doll & Oppa Doll

Dulu seni melukis doodle femes dikalangan blogger. Daripada melukis mengunakan paint, lepas tu guna SAI, Adobe Photoshop sehinggalah pakai Excel pun boleh lukis doodle. Kalau jenis tak berseni ni, memang payah sikit nak lukis hahaha. Rasanya tak sanggup nak flashback lukisan doodle lama-lama, faham-faham jelah hampa 😂. Tapi memang tabik spring siapa yang pandai lukis doodle ni, hampa memang jiwa seni beb.




Masuk 2018 sekarang ada apps create doodle sendiri tanpa perlu melukis. Apps Oppa Doll dengan Unnie Doll baru je femes dalam twitter sejak seminggu lalu. Jadi Miela try benda ni. Memang ketagih buat doodle comel terus. Bila lagi nak comelkan diri, kalau bukan create doodle seakan rupa sendiri 😜.

 


Dalam apps ni korang boleh pilih features mana korang suka untuk buat doodle. Dari warna kulit, mata, mulut, baju sampailah ke kasut pilih supaya doodle korang nampak comel gituu. Korang boleh siapkan doodle korang sendiri dalam masa 5 minit je. Bawah ni antara doodle Miela dah create sendiri hehe, cer cari yang mana satu macam Miela 😝?

 


Comel semua doodle ni kannn, korang boleh la guna doodle yang dicreate sendiri untuk buat wallpaper atau profile picture. Just download Unnie Doll atau Oppa Doll di Apps store atau Playstore. Nanti boleh buat doodle comel-comel macam ni okay! hehe

2 comments:

  1. selalu juga nampak apps ni lalu lalang, tapi tak pernah cuba. awak buat review, kita rasa macam nak cuba pulak

    ReplyDelete