Sunday, December 09, 2018

Cara memohon pasport Malaysia

Salam Readership. Pasport adalah benda wajib korang bawak untuk korang pergi ke luar negara. Jadi untuk pertama kali umur 24 tahun, Miela baru buat pasport ni. Kalau korang nak tahu tempoh sah pasport sekarang 5 tahun, cuma bayar RM200 sahaja. Tapi ada kes tertentu korang boleh refer di bawah.


Alkisah Miela sebelum ni pernah pergi satu pejabat Imigresen ni, sampai dalam pukul 9 tak silap. Sampai kaunter cakap nombor dah habis. Huhu siapa suruh pergi lambat, dahlah jauh sampai. So terpaksa buat hari lain. Bila buat hari lain, terus tukar tempat. Miela pergi Pejabat Imigresen Malaysia Butterworth. 7.20 pagi dah menapak dekat imi Butterworth tau takut nombor habis.



Nampak tak, baru pukul 7.37 dah dapat nombor 1016. Tu baru 7.30 macam tu dah ada orang kot. So Miela nasihat baik korang pergi awal, kalau lambat mesti 5 jam menunggu. Sebelum korang buat pasport sediakan salinan IC siap-siap okay.

Untuk panggilan pertama, dorang akan suruh korang tangkap gambar. Normally kalau pakai spek atau contact lens memang akan suruh bukak punya. Dan pakai tudung tu, better warna cerah. Kalau tak dia akan bagi tudung sarung makcik-makcik warna hitam suruh korang pakai huhu.

Settle tangkap gambar, korang kena tunggu lagi turn untuk bayar. Yang ni sekejap je dah bayar tinggal tunggu pasport siap ja. Lepas bayar korang akan dapat slip macam bawah ni.



Normally, korang tunggu 1 jam untuk tunggu pasport tu siap n ambil di kaunter. Tapi kalau nak ambil hari lain pun boleh. Tapi sebab Miela jauh dari Perak ke Butterworth semata-mata nak buat posport better ambil pasport hari tu juga. Main phone jap, tak sedar pasport dah siap dah. Ambil masa 2 jam juga dekat pejabat imigresen ni, itupun paling awal tau sebab datang awal. 


Okay siap dah pasport, bolehlah bercuti ke luar negara 😙

2 comments:

  1. Yeayy pasport dah siap. Nak bercuti ke mana miela?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ke korea. Doakan dipermudahkan perjalanan nanti :)

      Delete