Shopping Haul Guardian All Skin Care Brand 40%
Salam Readership semuanyaa. Guardian ni kan makin menjadi-jadi buat sale. Kisahnya macam ni, asalnya pergi mall sekadar makan Texas je, kemudian lepas kawan ajak pergi Guardian nak cari barang. Kita ikut je, langsung tak ingat Guardian tengah buat sale masa tu. Bila masuk, OMG banyaknya skin care favourite I sale. Beza harga banyak tu, so TER shopping skincare kat situ untuk buat stok skincare kebetulan skincare kat rumah pun macam nak habis.
So 4 barang ni yang Mila beli lebih kurang RM35 semuanya. Selalu kalau beli setiap kali shopping skincare paling kurang RM50 sampai RM100 macam tu. Ada product kat atas memang murah, dan bertambah murah bila sale. Then ada product baru nak try, and ada product dah sebati dengan I of course bila sale memang tak akan lepaskan beli.
Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
Harga asal RM16.90, harga sale RM10.32. Product yang ni tak perlu nak review banyak, sebab dah pernah review dekat entri Honest Review Facial Cleanser Tea Tree Oil Cosmoderm . So pencuci muka yang ni memang sesuai dengan kulit mila dan selalu bagi result yang okay, jadi I keep using this.
Rosken Sensitive Skin Cream
Harga asal RM16.90, harga sale RM10.14. Sebelum ni pernah pakai Rosken Dry Skin punya sebagai moisturizer. Oklah dia sebab pH dia stable, bila ada jerawat esok lepas pakai kecut jerawat tu. Then nak try pulak yang sensitive skin cream, sebabnya muka Mila sensitif sikit kalau pakai foundation. So dengan harapnya kalau pakai sensitive skin akan bagi kesan lebih daripada Rosken Dry Skin.
Safi Balqis Oxy White Pembersih Solekan
Harga asal RM17.20, harga sale RM10.32. Rasa tergerak hati nak beli makeup remover dari Safi sebab dengan 200ml boleh dapat RM10.32 jer, confirm stock makeup remover boleh tahan lama. Jimat duit. Dah pakai sikit, dia ada bau wangi then memang Mila suka bau dia.
Safi Penyeger Muka Aloe Vera & Habbatus Suada
Harga asal RM7.80, harga sale RM4.68. Memang murah giler toner Safi. Tak pernah try lagi toner ni, nak habiskan toner yang ada baru pakai yang ini. Tapi pernah baca review tentang toner Safi Aloe Vera & Habbatus Sauda ramai bagi feedback okay. Lagi satu yang tertarik nak beli bila baca descritioption kat belakang toner ada fungsi antibakteria.
Okay itu sahaja shopping haul kali ini. Memang bebaloi-baloi shopping skincare time sale ni. Nasib time sale gaji tengah masuk huhu.
0 Comments