Pada 15 hari bulan 2020, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk redeem e-Tunai percuma RM30 melalui 3 aplikasi e-wallet iaitu Touch 'n Go , Boost dan Grab . So Miela tak kecuali nak tebus RM30 tu, jadi Miela pilih Touch 'n Go eWallet untuk tebus sebab Touch 'n Go banyak tempat boleh pakai then ada pulak cashback sehingga RM30.

Masa hari kejadian nak tebus tu apps Touch 'n Go problem sikit sebab high traffic since ramai rakyat nak tebus so memang tak dapat claim. Memang try banyak kali dah dari pukul 8 pagi, tak boleh juga. Lepas tu dah lewat petang sikit baru Miela cuba balik. Barulah boleh. Tapi baru takat process verifed account pada 15 Januari tu, duit tak masuk lagi.


Dan semalam, 18 haribulan baru duit e-Tunai masuk RM30 selepas 3 hari. Hehe apalagi terus beli barang kecil-kecil. Walupun sikit, untuk hujung bulan rasa bermakna juga. Pilihan tempat untuk tebus ialah Guardian. Jeng-jeng barang dah grab hasil duit redeem E-Tunai tadaaa.


So, Miela beli sunblock, wet tissue dan happy mask. Memang tak sampai RM30 pun guna, takat paras RM20 lebih je. Sebab nak try claim cash back RM5 untuk transaction kat retail store Guardian tu. Kemudian lebih baki Miela top up RM10 untuk guna bayar parking kereta MPSP lepas dapat cashback RM5. Cashback RM5 terus dapat laa tu jugak tau. So situ boleh jimat sebab dapat RM10 cashback kesemuanya selepas topup untuk parking RM20.


Ada lagi RM20 nak claim cashback RM5, tapi not sure boleh dapat lagi ke tak untuk next. Sebab limited untuk 1 juta orang. Tapi dah dapat cashback RM10 pun dah bersyukur dah hehe. Next boleh guna lagi Touch 'n Go e-Wallet untuk promosi lain, sebab  Touch 'n Go eWallet memang sentiasa offer promosi yang best kita boleh tebus. 

1 Comments